Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kak Limah ‘Hantui’ Seminggu...

UNIK... Kejayaan filem Hantu Kak Limah (HKL) meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM36.2...

Tiga Bank Setuju Beri...

Kuala Lumpur : Tiga buah bank bersetuju untuk memberikan moratorium sehingga enam bulan...

Judi: Polis Tahan 331...

KUALA LUMPUR - Polis menahan 331 individu disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian dan...

Siti Saleha & Lutfi...

PELAKON, Siti Saleha berkata dia merancang untuk melangsungkan perkahwinan dengan tunangannya, Lutfi Azhar...

Padah Berselfie Selepas Menyamun

‎PONTIAN – Polis berjaya menyelesaikan satu kes samun bersenjata yang menjadikan warga Pakistan sebagai mangsa di Pekan Nenas, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

Katanya, suspek dua lelaki mengacukan pisau rambo di leher mangsa dan kemudian mengugut mangsa untuk menyerahkan telefon bimbit jenis ASUS dan wang tunai sebanyak RM1,000.

“Bagaimanapun, tindakan suspek mengambil gambar ‘selfie’ selepas menyamun menggunakan telefon bimbit mangsa membawa padah apabila dia dapat dikesan polis.

‎”Anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian terus melakukan serbuan di Kawasan Pekan Nenas dan Kayu Ara Pasong bagi menahan kedua-dua suspek.

“Dua lagi lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar daerah ini turut berjaya ditahan. Kesemua empat suspek yang ditahan berusia antara 17 hingga 20 tahun,” katanya.

Dalam serbuan itu, telefon bimbit dan sebilah pisau Rambo yang digunakan suspek untuk menyamun berjaya dirampas.


“Keempat-empat supek ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan.

“Polis berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh kurang 24 jam,” katanya. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori