Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mahathir Tiba Di Jepun...

TOKYO - Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di sini pada Isnin untuk memulakan...

Bot Bawa 469 Pendatang...

Banda Aceh - Pihak berkuasa Indonesia, semalam menyelamatkan seramai 469 pendatang Rohingya dari...

3 Beranak Parah Dalam...

KUCHING – Seorang ibu dan dua orang anaknya cedera parah apabila kereta Perodua...

Lebih 100 Artifak Berusia...

BALING - Jabatan Warisan Negara (JWN) menemui lebih 100 artifak prasejarah zaman Paleolitik...

Pahang Peruntuk RM2.5 Juta Bekalan Hadapi Banjir

KUANTAN – Kerajaan Pahang memperuntukkan RM2.5 juta sebagai perbelanjaan bekalan di 105 pangkalan hadapan di negeri ini bagi menghadapi kemungkinan banjir, hujung tahun ini.

Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata penghantaran bekalan ke pangkalan hadapan itu akan bermula antara penghujung Oktober dan awal November.

“Sebagai persediaan, seramai 5,157 petugas bencana banjir diletakkan dalam keadaan siap siaga selain membekukan cuti penjawat awam berkaitan bermula 15 Nov hingga 15 Jan 2017,” katanya.

Muhammad Safian berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Banjir Negeri Pahang di Pusat Transformasi Bandar (UTC) sini, hari ini.

Beliau juga memaklumkan sebanyak 11 Pusat Pemindahan Banjir baharu akan dibuka pada tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 668 pusat.


Pusat pemindahan banjir paling banyak dibuka melibatkan daerah Kuantan iaitu sebanyak 93 pusat pemindahan dengan 15 pangkalan hadapan diikuti Pekan (90 pusat pemindahan, 11 pangkalan hadapan), Temerloh (86 pusat pemindahan, 21 pangkalan hadapan) dan Lipis (75 pusat pemindahan, 6 pangkalan hadapan).

Maran (70 pusat pemindahan, 10 pangkalan hadapan), Raub (69 pusat pemindahan, 4 pangkalan hadapan), Jerantut (49 pusat pemindahan, 12 pangkalan hadapan), Bentong (40 pusat pemindahan, 2 pangkalan hadapan), Rompin (38 pusat pemindahan, 10 pangkalan hadapan), Bera (32 pusat pemindahan, 14 pangkalan hadapan) dan Cameron Highlands (26 pusat pemindahan).

Dalam pada itu, Muhammad Safian berkata, bagi kerja-kerja pembersihan longkang, sungai serta memasang papan tanda jalan, ia dijangka siap November depan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori