Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Berat Badan Naik 10...

ACARA gimik yang menampilkan kemunculan Ella bersama 110 pemuzik dalam rangka promosi konsertnya di...

8,000 Kafe Starbucks Bakal...

NEW YORK - Sebanyak 8,000 cawangan Starbucks bakal ditutup pada jam 2 petang...

14 September Jadi Saksi...

KUALA LUMPUR – UMNO dan PAS sepakat akan menandatangani satu piagam bersama dan...

RM200,000 Dalam Peti Besi...

PETALING JAYA - Wang tunai lebih RM200,000 yang disimpan dalam peti besi di...

Pakar Sosial Setuju Pokemon Go Diharamkan

KUALA LUMPUR – Seorang pakar sosial tempatan bersetuju agar permainan peranti Pokemon Go diharamkan kerana ia dilihat banyak membawa implikasi buruk.

Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata permainan itu membuatkan seorang individu alpa dengan dunia nyata.

“Ia melalai dan membuat orang alpa dengan tugasan harian,” katanya menerusi program ‘Dalam Radar’ terbitan stesen Bernama Radio24 di sini malam tadi.

Beliau berkata pemain Pokemon Go terutama generasi muda lebih mengutamakan permainan tersebut berbanding berinteraksi bersama keluarga dan rakan mereka.

“Mereka kelihatan begitu teruja atau ghairah untuk ‘menangkap’ binatang Pokemon dan dari situlah timbulnya persepsi negatif tentang aplikasi permainan ini,” katanya.


Pokemon Go berupa permainan realiti berperantara berasaskan lokasi yang dilancarkan pada 6 Julai lepas dan memasuki pasaran Malaysia dan lebih 30 negara lain bermula 6 Ogos.

Ia dibangunkan Niantic Incorporation of Nintendo USA yang memerlukan pemainnya mencari dan berlawan dengan karektor maya berdasarkan lokasi persekitaran sebenar melalui telefon pintar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori