Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

5 Cedera Seorang Daripadanya...

KUALA LUMPUR - Lima buruh warga asing cedera dengan seorang daripadanya parah apabila...

425,251 Calon Duduki Ujian...

KUALA LUMPUR - Seramai 425,251 calon menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) di...

Gangguan Bekalan Air 24...

SEREMBAN - Pengguna di sebahagian kawasan Seremban akan mengalami gangguan bekalan air sementara...

Usaha Tambah Baik Tadbir...

KUALA  LUMPUR - Usaha negara untuk menambah baik tadbir urus dan menghapuskan rasuah perlu...

Pamer Plat Motosikal Palsu, Kerani Didenda RM5,000

KUALA LUMPUR – Seorang kerani didenda RM5,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Trafik hari ini kerana mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada motosikal miliknya.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Faizal Shamsudin, 23, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mempamerkan nombor pendaftaran bukan kepunyaan kenderaan dinaikinya di Dataran Merdeka, Jalan Raja, di sini, pada 10.15 malam tadi.

Dia didakwa di bawah Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Trafik Inspektor Hashimah Hashim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya dikenakan denda ringan dengan alasan dia baru mula bekerja.


Mengikut fakta kes, sepasukan polis dalam Op Kesan Nombor Pendaftaran Palsu menahan sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z warna merah dalam keadaan mencurigakan.

Selepas semakan dilakukan melalui ‘mobile CAD’ mendapati nombor pendaftaran asal motosikal tersebut adalah berlainan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori