SEBAGAIÂ haiwan liar yang memang semula jadi berasal dari China, panda merupakan antara binatang yang diancam kepupusan.
Tidak hairanlah, jika kepupusannya menjadi perhatian ramai saintis dan pencinta haiwan. Malah, ia dianggarkan hanya tinggal 1,600 ekor panda yang masih hidup di alam liar.
Sebelum tahun 1984, panda pernah digunakan sebagai alat diplomatik apabila China ‘meminjamkan’ panda kepada tempat hidupan liar di Amerika Syarikat dan Jepun sebagai sebahagian daripada program pertukaran budaya.
Namun, Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dilaporkan telah membuat susun atur untuk menyalurkan sesetengah panda yang dibela oleh China untuk usaha pemuliharaan habitat mereka, sebelum boleh ‘dieksport’.
Baru-baru ini, seekor panda di Zoo Pairi Daiza, Brugelette, Belgium, melahirkan seekor anak panda yang comel. bahkan menjadi anak kesayangan ibunya  apabila gambarnya dirakamkan oleh jurugambar.
Menerusi gambar-gambar tersebut, kelihatan ibu bapa memeluk anaknya dengan berhati-hati. Induk panda juga mencium dengan penuh kasih sayang si anaknya yang masih kecil.
Sejak tahun 2014, pasangan Hao Hao dan Xing Hui telah hidup di tempat hidupan liar.
Netizen yang melihat gambar tersebut banyak mengulas mengenainya kerana kelakuan induk panda terhadap anaknya kelihatan seperti nakal.
Menurut netizen, ibu panda tidak peduli dengan kehadiran manusia dan haiwan lain kerana indusk itu akan sentiasa sayang anaknya sepenuh hati. – MYNEWSHUB.CC