Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Protokol 12: Cara Media...

TENTU ada masih ingat bagaimana seorang tokoh pembangkang lantang mempertahankan keselamatan Israel ketika...

Untung Bersih Petronas Gas...

KUALA LUMPUR - Keuntungan bersih Petronas Gas Bhd. bagi tahun kewangan yang berakhir...

Bulu Banyak? Ini Cara...

SEMUA manusia hakikatnya dicipta memiliki bulu sama ada halus mahupun lebat.Namun, pertumbuhan bulu...

SUHAKAM Minta Pelan Tindakan...

KUALA LUMPUR : Kerajaan digesa mempercepatkan pembangunan Pelan Tindakan Kebangsaan Malaysia Mengenai Perniagaan...

Pandelela Dan Nur Dhabitah Ke Separuh Akhir

RIO DE JANEIRO – Ratu terjun negara Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri layak ke separuh akhir perseorangan wanita 10m platform di Sukan Olimpik Rio pada Rabu.

Dalam pusingan awal di Pusat Akuatik Maria di sini, Pandelela, pemegang pingat gangsa acara ini di Olimpik London 2012 London, menduduki tempat keenam sementara Nur Dhabitah tempat kelapan.

Kedua-dua mereka adalah antara 28 penerjun yang cuba merebut 18 tempat bagi peringkat seterusnya esok selepas menamatkan format lima terjunan itu.

Peringat separuh akhir akan diadakan pada pukul 10am/9pm (waktu Malaysia) diikuti dengan pusingan akhir 12 penerjun pada pukul 4pm (3 pagi waktu Malaysia).

Pandelela, yang mengutip pingat perak dalam acara 10 meter platform seirama bersama Cheong Jun Hoong di sini mengumpul 332.4 mata sementara Nur Dhabitah mengumpul 325.58 mata.


Peserta pilihan, Si Yajie berada di atas dengan 397.45 mata sementara rakan sepasukannya Ren Qian di tempat kedua, ketinggalan 11.65 mata.

Terjunan Pandelela mengutip 72, 65.25, 73.60, 52.80 dan 68.80 mata sementara Nur Dhabitah mengutip 72, 41.60, 75.90, 64.35 dan 72 mata.

Peserta China di tempat pertama merekodkan 76.50, 76.80, 78.40, 84.15 dan mata akhir 81.60. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori