Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Felda United Kekal Di...

KUALA LUMPUR - Felda United mengekalkan kedudukan teratas Liga Super setelah menewaskan Kelantan...

Frust Cinta Ditolak Atuk...

BEBERAPA hari lalu warga kota Xiangyang, China dikejutkan dengan kejadian seorang perempuan muda cuba...

SPRM Cari 2 Individu...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu yang...

Wanita Berpakaian Ihram Seperti...

GEORGE TOWN : Tindakan individu didakwa seorang wanita yang berada di Mekah dan...

Parti Politik Baharu Bukan Penentu PRU14 – Shahrizat

LABUAN – Kemunculan parti politik baharu dalam menuju pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bukan perkara luar biasa sebaliknya satu kebiasaan atau norma dalam arena politik tanah air, kata Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan anggota UMNO agar tidak memandang penubuhan parti baharu “sambil lewa” dan perlu bersiap sedia untuk menghadapi saingan daripadanya.

“Kemunculan parti-parti (baharu), meskipun diterajui oleh bekas pemimpin UMNO, ia bukan menjadi ‘penentu’ dalam PRU14. Adalah penting bagi kesemua pergerakan (sayap) dalam UMNO untuk sentiasa bersiap-sedia menyumbang khidmat untuk rakyat di semua peringkat.

“Yang amat mustahak untuk menang dalam pilihan raya adalah untuk meletak rakyat sebagai pengukur khidmat bakti kita atau KPI (Petunjuk Prestasi Utama), dan sekiranya kita meletak rakyat sebagai KPI, rakyat akan memberi respons yang baik kepada kita (UMNO),” katanya.

Shahrizat berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Labuan, di sini hari ini.

Beliau menggesa barisan kepimpinan dan anggota parti agar melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dalam mendepani pembangkang dalam menghadapi PRU14.

“Kita harus ada perancangan untuk rakyat … fokus utama kita adalah (membantu) rakyat,” katanya.


Shahrizat berkata Wanita, Puteri dan Pemuda UMNO akan terus menjadi ‘benteng’ kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengharungi pelbagai bentuk cabaran.

Dalam pada itu, katanya melihat kepada peranan penting wanita, adalah perlu pemimpin pergerakan Wanita diberi jawatan penting sama dengan pemimpin lelaki termasuk di peringkat bahagian parti.

“Setiap kejayaan seorang lelaki itu, selalunya di sisinya adalah wanita atau isteri yang tabah. Oleh yang demikian, pergerakan Wanita tidak harus diperkecilkan tetapi harus dihormati atas pengorbanan dan maruah mereka,” katanya.

Shahrizat juga mengingatkan anggota dan barisan kepimpinan pergerakan Wanita, Puteri dan Pemuda agar tidak menjadikan pergerakan itu sebagai platform untuk bersaing atau ‘berlawan-lawan’ yang hanya akan menjejaskan parti. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori