UNGKAPAN “kebersihan itu sebahagian daripada iman” sudah menjadi tema bagi orang-orang Islam.
Sama ada disedari ataupun tidak, ia adalah sebuah hadis Baginda Rasulullah SAW berkaitan dengan kebersihan.
Maksudnya amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya.
Hari ini di laman sosial, menjadi viral beberapa keping gambar yang menunjukkan sikap terpuji pasangan suami isteri ‘mat saleh’ sehingga gambar mereka menjadi bualan hangat netizen.
Biarpun pasangan ini bukan beragama Islam, namun sifat yang dipaparkan boleh dikatakan tiada pada kebanyakkan orang kita.
Menurut pemuat naik gambar yang menggunakan akaun nama Zaki Bai, pasangan ini tiap-tiap hari akan membersihkan bahu jalan dan mengutip sampah yang dibuang oleh orang ramai di Taman Dahlia, Johor Bharu.
Seorang pengguna Facebook, Nik Ahmad Faisal yang mengenali pasangan ini mengatakan mereka berasal dari Texas, Amerika Syarikat dan kini menetap di Malaysia.
“Namanya adalah Uncle Mike, tidak ingat nama isterinya, setiap kali selepas jogging mereka akan mengutip sampah di sekitar kawasan berkenaan,” tulisnya.
Sehingga kini, gambar kedua pasangan contoh ini menerima lebih daripada 4,200 perkongsian tidak sampai 24 jam dimuat naik. – MYNEWSHUB.CC