Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pesawat Latihan TUDM Terhempas...

PEKAN - Sebuah pesawat latihan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas...

Kaji Laksana ‘Driver Score’...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji pelaksanaan ‘drivers score’, yang bertujuan memantau...

Awas Gewe Kelate!! MPKB...

Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) telah melancarkan 'Operasi Gempur Aurat' bertujuan menangani isu...

Sasar Tambah 400 AW...

KUALA TERENGGANU - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyasarkan pertambahan sebanyak 400 anggota Askar...

Suami Isteri `Dikapak’ Hanya Kerana Hutang 90 Sen

Hanya kerana gagal membayar hutang sebanyak 90 sen untuk tiga bungkus biskut, sepasang suami isteri maut dipukul hingga mati dengan kapak oleh tuan punya kedai, dalam kejadian yang menggemparkan penduduk di Mainpuri, Uttar Pradesh.

Mangsa, Bharat, 45, dan isteri, Mamta, 41, sebelum itu meminta agar pemilik kedai dapat memberikan masa kepada mereka untuk membayar hutang terbabit. Mereka berjanji untuk membayarnya dengan menggunakan upah yang akan diperolehi pada hari tersebut.

Biskut berkenaan adalah untuk anak-anak mereka yang berusia 11 tahun, sembilan dan lapan tahun.

“Ketika pemilik kedai itu, Ashok Mishra menjerit meminta wangnya, pasangan tersebut berjalan menuju ke padang.

“Ashok kemudiannya masuk ke dalam rumah dan keluar sambil membawa kapak. Dia memukul Bharat berulang kali dan turut menyerang Mamta ketika wanita itu cuba menyelamatkan suaminya.


“Pasangan itu meninggal dunia di tempat kejadian,’’ kata salah seorang penduduk, Nadeem.

Pembunuhan itu telah mencetuskan kemarahan penduduk dan mereka mengadakan protes serta berkumpul di depan rumah Ashok. Mereka mengugut untuk membunuhnya.

Polis terpaksa mengepung rumah berkenaan dan memecahkan pintu untuk menahan Ashok serta isterinya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori