Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

CEO, Isteri Bebas Reman...

PUTRAJAYA - Ketua pegawai operasi sebuah anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) dan...

Sindrom Nafi Harus Dihenti...

ALOR SETAR - Ibu bapa dan guru perlu menghentikan sindrom penafian mengenai penglibatan...

PRU14: PM Tiba Di...

PEKAN - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib...

3 Suspek Letupkan Dua...

SHAH ALAM: Tiga suspek bertopeng dipercayai meletupkan dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM)...

Pasar Tani T’ganu Adakan Program Bulan Kebangsaan

KUALA TERENGGANU – Semua pasar tani di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu akan mengadakan pelbagai program bagi memeriahkan sambutan bulan kebangsaan pada 30 Ogos ini.

Penyelaras pasar tani FAMA Terengganu Halmi Hamzah berkata ia termasuklah mengadakan penjimatan harga antara lima hingga 20 peratus.

Beliau yang dihubungi Bernama berkata di Terengganu terdapat 22 pasar tani dan empat lagi pasar tani baharu akan dibuka iaitu di Seberang Takir Kuala Terengganu (29 Ogos), RTC bandar Almuktafibillah Shah Dungun (8 Sept), Pasir Akir Besut (30 Ogos) dan Kemasik, Kemaman (akhir Oktober).

“Setiap pasar tani tersebut akan memberi manfaat kepada 50 peserta termasuk usahawan yang menjual komoditi segar dan produk industri asas tani,” katanya.


Tambahnya nilai jualan pasar tani di Terengganu dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini adalah kira-kira RM40 juta dan sehingga akhir tahun dijangka meningkat kepada RM60 juta. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori