Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Adik Perempuan Ditikam Kerana...

SEORANG lelaki bertindak di luar kawalan apabila sanggup nekad menikam saudara kandungnya hanya...

Perlumbaan Tangkap Buaya, Pemenang...

JAKARTA - Jabatan Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Wilayah Nusa Tenggara Timur (NTT) mengadakan...

Peneroka Felda Tetap Setia...

KUALA LUMPUR – Hasrat Pakatan Harapan untuk bertapak di Felda dengan memenangi kerusi di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum (PRU)  ke-14  adalah  angan-angan semata berikutan...

Jurufoto Norway Bertuah Terjumpa...

SEORANG jurufoto dari Norway berjaya merakam gambar seekor anak rusa putih yang disaksikan...

Pasukan SWAT SFC Tumpaskan Buaya Di Taman Negara Bako

KUCHING – Seekor buaya dewasa berukuran 14 kaki panjang ditumpaskan di perairan Teluk Paku di Taman Negara Bako, kira-kira 40 km dari sini awal pagi semalam.

Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam satu kenyataan berkata, buaya itu dibunuh dalam operasi yang dijalankan oleh Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) SFC selepas buaya itu dilihat berada di perairan di Teluk Paku oleh Renjer Taman baru-baru ini.

“Pasukan SWAT di Taman Negara Bako telah dimaklumkan untuk memburu buaya jantan itu. Ia akhirnya tejerat pagi tadi dan dengan segera dibunuh,” kata kenyataan tersebut.

19 lokasi termasuk perairan di Taman Negara Bako telah diisytiharkan sebagai Zon Bunuh Buaya (CRZ) kerana kehadiran buaya di kawasan-kawasan ini akan menimbulkan konflik serius antara manusia dan buaya.

CRZ kebanyakannya ialah kawasan yang padat penduduk, kawasan riadah seperti resort, tebing sungai, tepian sungai, sekolah, klinik dan oleh itu, kehadiran buaya di kawasan-kawasan ini tidak akan dibiarkan.


“Untuk keselamatan orang ramai, buaya yang ditemui di Zon Bunuh Buaya akan dibunuh,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Buaya

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori