MONACO- Undian Fasa Kumpulan Liga Liga Juara-Juara 2016/2017 Â telah dilakukan.
Ia cukup hangat kerana terdapat kumpulan maut ialah Kumpulan C. Penyandang juara La Liga musim lalu harus melawan Manchester City, Borussia M’gladbach serta Celtic.
Bukan hanya itu, kumpulan maut juga berlaku pada Kumpulan D.
Finalis Liga Juara-Juara musim lalu, Atletico Madrid akan bertemu dengan Bayern Munich. Kedua-duanya juga akan bertemu dengan PSV Eindhoven serta kelab dari Rusia, Rostov.
Real Madrid yang berstatus sebagai juara bertahan juga menemui halangan sama dalam misinya mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara apabila akan bertemu dengan lawan terkuat dari Jerman pada Kumpulan F.
Lawan yang dimaksudkan adalah Borussia Dortmund yang sebelum ini mengalahkannya pada 2013.
Liga Juara-Juara akan bermula pada 13 September. Pasukan Kumpulan A, B, C, dan D terlebih akan memulakan pertandingan dahulu. Sementara itu pasukan di Kumpulan E, F, G, dan H akan memulakan perlawanan keesokkan harinya.
Pada perlawanan pertama yang diadakan pada 13 September, perlawanan antara Paris-Saint Germain melawan Arsenal menjadi perlawanan yang dinantikan.
Sementara keesokkan harinya, perlawanan antara Juventus dan Sevilla juga tidak boleh ditinggalkan.
Berikut ini kedudukan pasukan Kumpulan Liga Juara-Juara 2016-2017 :
-MYNEWSHUB.CC