Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

AMK Cemas Pro-Kerajaan Menang...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang cemas dengan keputusan pilihan raya...

N.Sembilan Wujudkan Food Bank...

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan mewujudkan ‘Food Bank’ bagi membantu masyarakat yang kurang...

Pelantikan Christoph Mueller Sebagai...

KUALA LUMPUR - Pelantikan Christoph R. Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia...

Lapangan Terbang Brussels Ditutup...

BRUSSELS - Pihak berkuasa lapangan terbang di sini berkata, penerbangan tidak akan diteruskan...

Mengapa Pesawat Pejuang Terbang Rendah?

KUALA LUMPUR – Orang ramai di sekitar ibu negara dan Subang, Selangor diminta tidak cemas jika mendengar dan melihat pesawat pejuang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbang rendah di kawasan mereka.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam satu kenyataan media berkata, pesawat terbabit melakukan penerbangan rendah pada waktu siang kerana terlibat dalam latihan lintas hormat serta pertunjukan udara sempena Hari Kemerdekaan ke-59 mulai 26 sehingga 31 Ogos 2016.

“TUDM bersama-sama agensi-agensi lain seperti Pasukan Udara Tentera Darat, Pasukan Udara TLDM, Unit Udara Polis, Unit Udara Bomba dan Penyelamat, APMM akan memulakan sesi latihan bagi tugas penerbangan lintas hormat serta pertunjukan udara sempena Hari Kemerdekaan.

“Aktiviti penerbangan ini akan membabitkan kawasan ruang udara di persekitaran Kuala Lumpur dan Subang yang telah digazet sebagai lokasi penerbangan lintas hormat serta pertunjukan udara ini.

“Sepanjang tempoh latihan ini dijalankan, pesawat-pesawat yang terlibat dari TUDM dan agensi-agensi terbabit akan melaksanakan penerbangan rendah pada waktu siang di kawasan sekitar lokasi ruang udara yang dinyatakan tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.


Sehubungan itu, TUDM meminta orang ramai tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat terbang rendah di sepanjang tempoh yang dinyatakan tersebut kerana sekadar satu sesi latihan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori