Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mercedes Malaysia Catat Rekod...

Pernah terfikir berapa banyak kereta mewah yang boleh dijual di Malaysia dalam satu...

Khairy Serah Pemacu Pena...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya...

Adat Wang Hantaran Menyusahkan!...

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) menyifatkan budaya meminta wang hantaran...

11,985 Kes Baharu Covid-19...

PUTRAJAYA - Terdapat 11,985 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia pada...

Pekerja Asing: Majikan Masih Keliru

PETALING JAYA – Majikan Malaysia mendesak supaya kerajaan membuat satu pendirian jelas mengenai status pembekuan pengambilan pekerja asing ke negara ini.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, pekerja-pekerja baharu telah tiba di Malaysia untuk mengisi kekurangan kritikal berikutan pembekuan pengambilan pada Februari, justeru timbul kekeliruan di kalangan majikan syarikat sama ada larangan itu masih terpakai atau sebaliknya.

Beliau berkata majikan telah mula memohon untuk mengambil pekerja baharu sejak timbulnya laporan pada Mei lalu bahawa pembekuan pengambilan pekerja asing seperti dalam sektor pembuatan, pembinaan, perladangan dan perabot telah ditarik balik.

Walau bagaimanapun, timbul pula pengumuman yang bercanggah mengenai perkara ini, menyebabkan kumpulan majikan menggaru kepala.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Sakib Kusmi, juga pada bulan Mei berkata kerajaan hanya akan meringankan larangan itu selepas program penggajian semula pekerja asing tanpa izin selama lima bulan berakhir pada 30 Jun.

Pada 1 Jun, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan untuk tidak manarik balik larangan menyeluruh terhadap pengambilan pekerja asing sehingga ia yakin bahawa majikan, terutama dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS), berhenti menggunakan ejen dan mengambil tanggungjawab penuh terhadap kebajikan pekerja.

“Seolah-olah terdapat pertimbangan dasar yang berbeza. Ramai majikan tidak pasti sama ada mereka boleh memohon untuk mendapatkan pekerja asing baharu,” kata Shamsuddin.

Beliau berkata sudah tiba masanya bagi kerajaan untuk membuat dasar pengambilan yang jelas terhadap pekerja asing baharu.

“Atas dasar kepentingan negara, pengumuman rasmi hendaklah dibuat supaya semua orang jelas,” katanya.

Shamsuddin berkata ada majikan yang sudah tidak dapat menunggu dan telah pergi ke negara-negara sumber untuk mengambil pekerja.

Barisan panjang di kaunter Imigresen yang terdiri daripada majikan juga menjelaskan bahawa mereka terdesak untuk mengisi kekosongan jawatan, dakwanya.

Majikan terpaksa melakukan apa sahaja tindakan, melihat kepada keperluan untuk mengisi kekurangan adalah kritikal akibat pembekuan pengambilan pada Februari, yang dilaporkan membawa kepada kerugian RM24 bilion.

Pengarah Eksekutif Persatuan Pengeluar-pengeluar PertanianTanah Melayu (Mapa), Mohamad Audong berkata mereka menjangkakan pengumuman rasmi dibuat selepas Hari Raya.

Beliau berkata anggota Mapa memerlukan seramai 15,000 pekerja dan telah memohon untuk pengambilan pelajar baharu pekerja dari Indonesia dan Bangladesh untuk bekerja di ladang kelapa, kelapa sawit dan getah.

“Puncak musim menuai baru sahaja bermula dan akan berterusan selama lima bulan akan datang. Jika kita tidak mendapat pekerja, buah-buahan akan rosak,” katanya.


Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah memberitahu persidangan Dewan Rakyat pada 19 Jun lalu bahawa pembekuan pekerja asing telah membawa kepada kerugian RM24 bilion, di mana RM2 bilion adalah berkaitan buah-buahan dalam sektor perladangan.

Mohamad berkata, tidak ada seorang pun pekerja asing telah diupah untuk bekerja di ladang-ladang Mapa semasa program penggajian semula oleh kerajaan.

“Pekerja yang berkerja secara haram di negara ini lebih suka bekerja dalam sektor perkhidmatan atau pembuatan,” katanya.

Hanya 124,279 pekerja tanpa izin daripada anggaran jumlah 1.4 juta di negara ini dilaporkan telah diambil semula berkerja di bawah program penggajian semula itu.

“Program penggajian semula itu nampaknya tidak berfungsi,” katanya.

Shamsuddin berkata program itu sama sekali cacat.

Katanya, kumpulan pekerja asing tanpa izin itu sendiri sepatutnya dibenarkan untuk memohon untuk penggajian semula tanpa sebarang kos, bukannya majikan.

Selepas itu, mana-mana majikan yang mempunyai kekosongan harus dibenarkan untuk mendapatkan khidmat mereka.

Untuk jangka masa panjang, Shamsuddin mengakui bahawa majikan perlu mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing melalui teknologi baharu.

Beliau juga menegaskan bahawa terdapat 500,000 rakyat Malaysia yang menganggur dan secara maksimum dipanggil sebagai tenaga kerja bersama-sama dengan mereka yang berumur 60 tahun ke atas yang masih mampu bekerja.

“Dengan dasar dan insentif negara yang betul, kita dapat mengurangkan keperluan kita untuk pekerja asing,” katanya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori