Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

APM Selangor Sasar Latih...

KLANG - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor menyasarkan untuk melatih 56,000 sukarelawan...

Difitnah Sebagai Penulis Blog,...

PANAS... SEORANG lelaki hari ini tampil membuat laporan polis apabila mendakwa namanya telah...

Tottenham Hotspurs FC Kalahkan...

SHAH ALAM - Pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspur FC membuka tirai...

Kepala Budak Tersepit Di...

NILAI - Seorang ibu cemas apabila mendapati kepala anak bongsunya tersepit pada palang...

Pelajar Pendarahan Dalam Kepala Dipercayai Dipukul

ALOR SETAR – Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di Sungai Petani mengalami pendarahan dalam kepala selepas dipercayai dipukul tiga pelajar senior.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi semalam itu, Muhammad Anas Amir, 14, dipercayai dipukul dan dihentak pada dinding selepas menarik tangan seorang rakan sekelas untuk masuk ke dalam bilik darjah.

Bapa mangsa, Amir Ahmad, 47, berkata abang pelajar terbabit berusia 15 tahun yang ternampak tindakan Muhammad Anas itu kemudian bertindak melulu memukul anaknya bersama dua lagi rakan.

“Anak saya memberitahu dia menarik rakannya masuk ke dalam kelas selepas diminta guru dan mungkin berlaku salah faham yang menyebabkan abang pelajar terbabit memukul Muhammad Anas,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.

Katanya anak ketiganya daripada lima beradik itu hanya memberitahu isterinya, Suriyati Che Said, 47, mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 3 petang semalam selepas mengadu sakit kepala.

Amir berkata anaknya mengalami muntah-muntah ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan.

“Hasil imbasan mendapati terdapat darah beku di bahagian kanan kepala dan anak saya dirujuk ke HSB kira-kira pukul 2 pagi tadi sebelum pembedahan membuang darah beku dibuat pada pukul 4.30 pagi tadi,” katanya.


Amir berkata beliau telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada pukul 10 malam tadi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Beliau berkata pihaknya telah menahan empat pelajar lelaki yang terbabit dalam kejadian itu bagi membantu siasatan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori