Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Meliani, Gadis Berhijab Yang...

BUATƃā€šĆ‚Ā kaki-kaki rockers di luar sana, apakah perasaan bila melihat aksi seorang gadis bermain...

RON97 Kini RM4.70 Seliter

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 naik 37 sen seliter kepada RM4.70...

Tunjuk Kemaluan, Pemandu Teksi...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang...

KJ Gagal Jadi Pejuang...

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT) hari ini mengeluarkan kenyataan mendakwa Menteri Belia dan...

Pelaku Keganasan Perlu Diambil Tindakan Segera

KUALA LUMPUR – Football Malaysia Liability Limited Partnership (FMLLP) memandang serius dan mengutuk sekeras-kerasnya insiden keganasan yang berlaku selepas perlawanan Liga Super antara pasukan Perak menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata, pihaknya sedang menunggu laporan penuh daripada Komisioner Perlawanan dan Persatuan Bola sepak Negeri Perak (PAFA) berhubung perkara itu.

Laporan media semalam melaporkan sekurang-kurangnya dua penyokong pasukan bola sepak JDT dan seorang jurufoto akhbar NSTP cedera dipercayai akibat terkena balingan objek keras dalam kekecohan yang berlaku di Stadium Perak di Ipoh, malam tadi.

Kekecohan berlaku selepas tuan rumah, Perak kalah 0-1 kepada pasukan pelawat ‘The Southern Tigers’ dalam saingan Liga Super.

“Sejak insiden keganasan di Stadium Selayang sebelum ini, FMLLP telah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan kerjasama dari pihak-pihak yang terlibat termasuk dari pihak berkuasa dan berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap pelaku keganasan ini.

Ć¢ā‚¬Å“Selama ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selalu mengingatkan FMLLP bahawa mereka mahu terlibat secara langsung di dalam bahagian integriti dan keselamatan.

Jadi, kami berharap bahawa Jawatankuasa Keselamatan FAM akan membantu untuk memastikan perkara sebegini tidak berulang dalam Liga Malaysia,” kata Kevin
dalam satu kenyataan, hari ini.


FMLLP juga menerima laporan bahawa seorang petugas media diserang dan kamera telah dicuri.

Katanya semua maklumat dan rakaman video yang diterima akan dimajukan ke pihak berkuasa dan mengesyorkan supaya tindakan mesti diambil kepada mereka yang bersalah.

Bagaimanapun, FMLLP berharap petugas media mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya bagi mengelak sebarang kecelakaan menimpa.

FMLLP juga akan mengkaji serta memperkemaskan protokol keselamatan media dan berharap ianya akan diikuti oleh petugas media di masa hadapan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori