Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

K’jaan P.Pinang Perlu Cekap...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang disaran lebih cekap menguruskan sumber termasuk melaksanakan...

Jemaah Diingat Tidak Bawa...

MADINAH - Jemaah haji Malaysia diingatkan untuk tidak membawa jumlah tukaran wang riyal...

Suami Isteri Didakwa Kemukakan...

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari...

Umat Islam Berarak Tolak...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 500 umat Islam berarak sebelum berhimpun di hadapan bangunan...

Pemancing Hilang Di Pantai Teluk Ketapang Ditemui Lemas

KUALA TERENGGANU – Seorang pemancing yang dilaporkan hilang di Pantai Teluk Ketapang sejak dua hari lepas, ditemui lemas pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Che Saari Abdullah berkata mayat mangsa Zailan Ibrahim, 27, dijumpai kira-kira 10.50 pagi oleh pasukan penyelamat di Pantai Batu Burok.

“Mayat mangsa yang berasal dari Kelantan itu, ditemui kira-kira dua kilometer dari pesisir pantai dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini.

Isnin lalu, mangsa dilaporkan hilang manakala rakannya terselamat selepas bot gentian kaca yang dinaiki mereka dipercayai bocor sebelum karam.


Rakan mangsa, Mohd Zulkifli Jusoh, 32, berjaya diselamatkan nelayan tempatan selepas dua jam terapung.

Che Saari berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, untuk bedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori