‘JACK the Ripper’ versi China yang telah membunuh dan menyembelih 11 wanita akhirnya berjaya ditangkap selepas 28 tahun menyembunyikan diri.
Jack the Ripper yang sebenar adalah pembunuh bersiri yang aktif di London pada tahun 1888.
Pembunuh bersiri di China itu, Gao Chengyong, 52, mengaku melakukan semua pembunuhan berkenaan di Gansu dan Mongolia antara 1988 dan 2002.
Dia ditangkap di kedai serbaneka yang dimilikinya bersama isterinya di bandar Baiyin, iaitu di kawasan di mana dia melakukan pembunuhan berkenaan.
Gao menjadikan gadis muda berpakaian merah sebagai mangsa dengan merogol dan membunuh mereka. Dia kemudiannya akan memotong badan mereka dengan mangsa termuda berusia lapan tahun.
Lebih kejam apabila rahim mangsa turut dikeluarkan. Pada 2004, ganjaran sebanyak $30,000 turut ditawarkan oleh polis.
Gao dikenalpasti selepas seorang saudaranya ditahan atas tuduhan jenayah kecil dan pihak berkuasa telah mengambil DNA untuk ujian. Susulan itu polis berjaya mengesan Gao dan sepadan dengan pembunuhan yang dijalankan. – MYNEWSHUB.CC