Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bomba Selamatkan Lelaki Sesat...

KUANTAN - Hasrat seorang lelaki untuk menggunakan laluan hutan yang lebih mencabar untuk...

Lelaki Maut & Rakan...

ARAU - Seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas PERODUA Kancil dinaiki mereka...

Perlu Lepasi Ujian Agama,...

KUALA TERENGGANU - Setiap calon anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi...

Aktivis Didenda Tayang Filem...

KUALA LUMPUR - Seorang aktivis didenda RM10,000 atau penjara setahun oleh Mahkamah Majistret...

Penculik ‘Van Putih’ Kembali Mengganas

TEKNIK menculik kanak-kanak menggunakan van putih kini kembali menghantui masyarakat selepas ianya sunyi seketika.

Terbaru, satu kejadian cubaan culik kanak-kanak berusia 10 tahun berlaku di Kampung Datuk Keramat, Selasa lalu.

Agensi Berita Bernama melaporkan cubaan culik tersebut melibatkan empat lelaki dengan dua daripadanya menyamar dengan memakai pakaian wanita dan menggunakan van putih.

Dalam kejadian 1.50 petang itu, murid perempuan yang dalam perjalanan ke Sekolah Rendah Agama Al Akram, Kampung Datuk Keramat dihampiri sebuah van putih dan cuba menarik mangsa.

Suspek mengacukan pisau ke arah mangsa namun dilepaskan selepas mangsa bertindak meronta dan menyepak serta menumbuk muka kedua-dua lelaki sebelum melarikan diri ke kawasan sekolah.

Penculik 'Van Putih' Kembali Mengganas
Inilah laluan yang digunakan penculik ‘Van Putih’ untuk mencari mangsanya.

Kejadian yang sama turut berlaku 5 Ogos lalu, apabila dua kanak- kanak berusia tujuh dan 10 tahun cuba diculik dua lelaki dengan menggunakan sebuah motosikal.

Kedua-dua adik beradik perempuan itu dalam perjalanan ke sekolah agama sebelum tangan salah seorang dari mereka ditarik.

Mangsa yang ketakutan meronta dan menjerit menyebabkan suspek melepaskan tangannya dan melarikan diri dengan motosikal jenis Yamaha 125.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, setakat ini belum ada sebarang tangkapan untuk kedua-dua kes yang kini disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan kerana melakukan penculikan dan cubaan melakukan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.


Mohamad Roy Suhaimi berkata pihaknya telah meningkatkan rondaan di kawasan berkenaan dan orang ramai diminta untuk memaklumkan kepada polis jika ternampak van putih yang mencurigakan.

Sebelum ini, pelbagai cerita yang dikongsi dalam media sosial mengenai kejadian penculikan dengan menggunakan van putih namun tidak dapat dipastikan sama ada kejadian itu membabitkan van putih atau sebaliknya.

Antaranya kes seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang cuba diculik seorang lelaki di Cahaya Masai, Pasir Gudang, Johor dengan menggunakan van putih.

Kejadian cubaan culik yang berlaku pada dua tahun lalu itu berjaya ditumpaskan orang awam dan polis dan ianya tersebar di media sosial.

Selain van, kereta jenis Perodua berwarna putih juga turut menjadi ketakutan kini, apabila satu kes penculikan berlaku 23 Ogos lalu melibatkan seorang gadis berusia 15 tahun di persimpangan Jalan AU 5C/7.

Sehingga kini, remaja malang itu masih belum ditemui dan polis masih menjalankan siasatan.- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori