ENGLAND – Baru-baru ini, seorang pencuri  ditangkap polis kerana tertidur di sofa rumah yang telah dimasuknya. Ternyata kejadian tidak masuk akal itu terjadi kerana Mohammed Khan mengambil dadah dan minum minuman keras sehingga membuatkannya tertidur pada siang hari di sofa dan tidak meninggalkan rumah tersebut.
Metro.uk melaporkan, saat Khan melakukan perbuatannya di rumah mangsa semasa rumah itu kosong. Namun malangnya, ketika ia tertidur, si pemilik rumah pulang dan terkejut melihat seorang lelaki tidak dikenali tidur dan berdengkur di sofanya.
Malah Khan sempat menutup tubuhnya dengan selimut. Mangsa yang tidak diketahui identitinya itu kemudian pergi keluar rumahnya untuk menelefon polis.
Setibanya di rumah mangsa, petugas kepolisian segera membangunkan dan menangkap Khan. Petugas juga mendapat barang bukti berupa sebuah kunci kereta yang berada di badannya
“Tidak banyak yang ia ambil kerana tiada barang yang berharga, tetapi rumahku telah selongkar oleh si pencuri itu dan beberapa bahagian rumah mengalami kerosakan kerana ia masuk secara paksa,” katanya.
“Ia sangat menakutkan ketika mencari seseorang sedang tidur di rumahmu. Malangnya dari tubuh orang itu terbau minuman beralkohol dan terlihat di bawah pengaruh dadah kemudian tangannya menggenggam senjata tajam,” katanya.
Polis setempat mengatakan bahawa rumah mangsa telah dirompak dan dirosakkan. Mangsa tidak lagi selamat di rumahnya selepas kejadian tersebut.
Atas kejadian ini, Khan mengaku bersalah kerana telah memecah masuk rumah mangsa. Ia juga dipenjarakan selama dua tahun tiga bulan di Stoke-on-Trent Crown Court. – MYNEWSHUB.CC