RIO DE JANEIRO – Malaysia mengesahkan sekurang-kurangnya pingat perak dalam acara badminton selepas beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mara ke final Sukan Olimpik Rio de Janeiro, pada Isnin.
Pasangan negara mengetepikan cabaran Xu Chen-Maj Jin dari China, 21-12, 21-19 dalam aksi separuh akhir mereka.
Peng Soon-Liu Ying akan menentang pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Lilyana Natsir dalam perlawanan akhir Rabu ini.
Gandingan Indonesia itu menempah tiket ke final selepas menjinakkan pilihan utama, Zhang Nan-Zhao Yunlei, 21-16, 21-15 dalam satu lagi aksi separuh akhir. – BERNAMA