Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

RM1.5 Bilion Untuk Projek...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan projek-projek perumahan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah...

Nokia 230, Telefon Dwi-Sim...

PIHAK Microsoft Malaysia baru-baru ini mengumumkan pengenalan telefon bimbit Nokia 230 untuk pasaran Malaysia,...

49 PATI Ditahan Dalam...

KOTA KINABALU - Polis menahan 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi...

Video: Budak Perempuan Menangis...

SIAPA tidak mengenali vokalis band terkenal Maroon 5, Adam Levine kan...Dengan kemerduan suara...

Penganggur Curi 6 Paket Milo Dipenjara 15 Hari

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencuri enam paket Milo daripada sebuah pasar raya, seorang penganggur dihukum penjara 15 hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Husna Dzulkifly menjatuhkan hukuman itu ke atas Aw Man Chong, 57, selepas dia mengaku bersalah mencuri enam paket Milo bernilai keseluruhannya RM73, di pasar raya UO Superstore Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada 9.05 malam, 7 Ogos lepas.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 7 Ogos, 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudian hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Mengikut fakta kes tertuduh ditangkap di kaki lima di pasar raya itu selepas keluar tanpa membuat bayaran di kaunter.


Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia tidak bekerja dan mengalami sakit tulang belakang.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zikri Jaafar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran dengan mengambil kira rekod lampau tertuduh yang mempunyai 11 kesalahan dadah, satu kes curi dan satu kes rompak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori