Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

PKR Talam Dua Muka!...

KUALA LUMPUR - PAS Perak memberi peringatan kepada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR)...

Tourism Malaysia Anjur Rumah...

JAKARTA - Kira-kira 200 pemain industri pelancongan termasuk perhotelan di ibu kota ini bertemu dan meraikan...

Komponen BN Sahut Gendang...

KUALA LUMPUR - Parti komponen Barisan Nasional (BN) akan bersiap siaga menyahut gendang...

Harga Rumah Melonjak Tak...

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) perlu dipertanggungjawabkan sekiranya tidak mampu berbuat apa-apa...

Penganggur Mengaku Tak Bersalah Miliki Bahan Daesh

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan dengan pengganas, menggalakkan keahlian dan menggalakkan berlakunya perbuatan pengganas, Jun tahun lepas.

Mohamad Azmin Shah Sharifudin, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah selepas pertuduhan dibacakan.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa memiliki telefon bimbit yang mengandungi item iaitu 12 imej dan gambar yang berunsurkan perbuatan keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas Islamic State (IS) atau Daesh.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di alamat PT646, Kampung Tersusun Salak Baru, Sungai Siput, Perak pada 6.55 pagi, 24 Mac lepas, mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau boleh dilucut hak mana-mana item tersebut, jika sabit kesalahan.

Mohamad Azmin Shah juga berhadapan dengan pertuduhan pindaan iaitu menggalakkan keahlian di dalam kumpulan pengganas berkenaan mengikut Seksyen 130G(b) Kanun Keseksaan dan pertuduhan alternatif iaitu menggalakkan berlakunya perbuatan pengganas, mengikut Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan.

Kedua-duanya seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.


Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di rumah tidak beralamat di Kampung Tersusun Salak Baru, Sungai Siput, Perak, pada 10 malam, 1 Jun 2015 hingga 30 Jun 2015.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam manakala Mohamad Azmin Shah diwakili peguam Rosli Ismail.

Tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Siput pada 20 April lepas.

Mahkamah menetapkan 2 Sept untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori