Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pasar Malam, Kedai Gunting,...

KUALA LUMPUR - Pasar malam, pusat cuci kereta dan kedai gunting rambut dibenarkan...

Isteri Lebam Dibelasah Suami...

MIRI - Seorang suri rumah warga Indonesia cedera dibelasah suaminya menggunakan kayu, tali...

Anne Ngasri Tak Idam...

PETALING JAYA - Pelakon Anne Ngasri tidak pernah berhasrat untuk bergiat aktif dalam...

Pengembara Sesat 47 Hari...

KATHMANDU - Seorang lelaki Taiwan yang sesat di sebuah gunung di Nepal selama...

Penglibatan Rakyat Malaysia Dalam Aksi Penyembelihan

Tragedi penyembelihan di Syria yang dilakukan Mohamad Wanndy Mohamad Jedi dan Mohd. Feris Anuar pads 22 Februari 2015 bukan kes pertama keganasan luar batasan babitkan rakyat Malaysia.

Mohamad Wanndy, 26, kelahiran Durian Tunggal, Melaka dan Mohd. Feris Anuar, 20, berasal Gurun, Kedah, menyertai Daesh di Raqqa, Syria pada 2014.

Mohamad Wanndy, 26
Mohamad Wanndy, 26

Namun kejadian itu bukan keganasan penyembelihan pertama babitkan rakyat negara ini.

Mohd. Feris Anuar, 20
Mohd. Feris Anuar, 20

Pada tahun 2011, dua pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor, Onn Azrai Puade dan Nik Se Rusdi terbabit menyembelih anggota keselamatan Thailand, Sidi Mano di sungai Golok, Thailand.

Sidi dibunuh kerana berkhidmat dengan pasukan beruniform Thailand.


Ketua Bahagian Counter Terorism E8 Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Maidin Pitchay berkata, ideologi ekstrim serta sikap memusuhi sesiapa saja yang menentang Daesh punca utama jenayah penyembelihan dilakukan.

“Daesh menanam kebencian melampau. Daesh menghalalkan darah umat Islam tidak kira Syiah, Wahabi mahu pun Sunni. Ini doktrin ganas Jihadi Salafi,” kata Ayob Khan pada Majlis Dialog Keselamatan Negara di Wisma Negeri, Melaka.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori