Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Muzium Kolonial P.Pinang Dibuka...

GEORGETOWN - Pulau Pinang akan memperkenalkan satu lagi tarikan pelancongan dengan pembukaan Muzium...

Kes Keganasan Rumah Tangga...

LEDANG - Kes keganasan rumah tangga di Johor mencatatkan penurunan iaitu 344 kes...

Undang-Undang Perlu Untuk Elak...

KUALA LUMPUR – Koc Merah Jambu, koc khas yang diperuntukkan hanya kepada penumpang...

Ahmad Zahid Perlu Hadir...

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan hadir...

Peniaga Dalam Talian Ditemui Mati Di Rumahnya

GEORGE TOWN – Seorang peniaga dalam talian ditemukan mati dalam rumahnya, di Pinang Court 2, Sungai Pinang di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Nor Lisham Nordin, 34 tinggal bersendirian ditemukan mati selepas seorang rakannya yang datang untuk melawatnya mendapati dia tidak membuka pintu rumahnya apabila diketuk.

Kemudian rakannya menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat dan mereka memecahkan pintu serta menemukan mangsa terbaring dengan kesan tikaman di bahagian kiri lehernya dan belakang bahunya manakala kepalanya ditutup dengan cadar.

Mangsa tidak berbaju ketika ditemukan oleh anggota bomba pada pukul 1 tengah hari tadi.

Nor Lisham dipercayai tinggal di rumah itu semenjak tahun lepas dan bekerja daripada rumah.


Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid yang berada di lokasi kejadian berkata siasatan awal mendapati rumah mangsa dalam keadaan berselerak.

“Polis mendapati jiran mangsa ada memasang kamera litar tertutup dan akan menelitinya,” katanya.

Polis tidak menemui senjata pembunuhan di lokasi kejadian dan pada masa ini menyiasat sama ada mangsa telah dirompak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori