Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Beli iPhone 7 Online,...

BAHANA pelancaran iPhone 7 di China adalah perkara yang sangat luar biasa apabila...

Penangguhan GST Akan Jejaskan...

KUALA LUMPUR - Ekonomi akan lebih teruk terjejas jika pelaksanaan cukai barang dan...

Harry Styles Bercinta Dengan...

AHLI kumpulan One Direction, Harry Styles dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan model...

Leicester Bergelut Elak Zon...

LEICESTER - Juara bertahan, Leicester semakin tergelincir ke zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris...

Peniaga Dipenjara 3 Hari, Denda RM500 Miliki Logo Besi PDRM

KUALA LUMPUR – Gara-gara memiliki logo besi Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa kebenaran, seorang peniaga dijatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda maksimum RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mohd Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Wan Mohamad Fakharuddin Wan Yahaya, 32, selepas dia mengaku bersalah memiliki satu logo besi berlambang PDRM yang diletakkan pada pelapik berwarna hitam yang diubah suai, di mana dia bukan seorang anggota dan pegawai polis pada 2 petang di Lorong Haji Taib 2, di sini semalam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 89(A) Akta Polis 1967 yang membawa hukuman denda maksimum RM500 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh.


Wan Mohamad Fakharuddin yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan dengan alasan dia merupakan penanggung utama keluarga dan menjaga ibu serta isterinya yang masing-masing menghidap penyakit diabetes dan saraf. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori