Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ke Manakah Perginya ‘Duit...

KUALA LUMPUR - 1 Syawal, hari yang paling bahagia dan bermakna buat seluruh...

Tahniah… Radhi OAG Timang...

SELAIN pelakon Nad Zainal, penyanyi Radhi (OAG) turut menimang cahaya mata ketiganya, pada Sabtu. Berita...

Hari Radio Sedunia, Suria...

TIADA yang lama, maka tiadalah yang baharu... Begitulah juga dikatakan jika tiada penyampai...

Gas Asli Bakal Naik...

NAIK LAGI... Di sebalik kadar sifar peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak...

Penumpang Maut Tercampak Keluar Dari Kereta

SEREMBAN – Seorang penumpang maut selepas kereta dinaiki terbabas menyebabkan mangsa tercampak keluar daripada kereta berkenaan dalam kemalangan di KM16.9 Lebuhraya Seremban-Port Dickson dekat sini, hari ini.

Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan ASP Mohd Hafidzal Zainal Abidin berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.55 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Noor Zulhairie Amir, 25, berasal dari Batu Pahat, Johor.

Katanya pemandu kereta tersebut dan seorang lagi rakannya yang duduk di bahagian depan turut mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta berkenaan dari arah Seremban menghala ke Port Dickson tiba di lokasi kemalangan telah gagal kawal kenderaan dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kanan dan berpusing lalu terbabas ke kiri bahu jalan.


Kemalangan menyebabkan penumpang belakang tercampak keluar daripada kereta dan mengalami kecederaan dalaman dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Hafidzal berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori