KUALA LUMPUR – Bekas Mufti Jordan, Prof Dr. Amin Mohammad Sallam Al-Manasyeh dilempar dengan pelbagai penghinaan di media sosial oleh golongan anti-kerajaan gara-gara memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebahagian mereka dalam nada biadap menuduh bekas Mufti Jordan selama 23 tahun itu sebagai penunggang agama dan pemakan dedak manakala sebahagian lagi mempersendakan janggut tebal tokoh agama Islam tersebut.
Pemilik akaun Facebook Putera Danish Iskandar dalam nada biadap mendakwa beliau berasa kasihan kerana bekas mufti Jordan tersebut sudah makan dedak.
“Mufti ni pun dah termakan dedak jugak kot kecian dia…,” katanya dalam nada mengejek.
Jason Lim pula berkata, “Diam diam la mufti luar. Mufti mufti pun nak minta dedak”
Pemilik Facebook Mohamad Ali pula mempersoalkan berapa banyak dedak diperoleh bekas mufti Jordan bagi membuat kenyataan memuji Najib.
Pemilik Facebook Messi Noorzaki Mahat Junior mendakwa Amin Mohammad Sallam mendapat MyKad untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Zack Hamzah pula menuduh bekas Mufti Jordan itu ketinggalan zaman IT dan menasihati Amin Mohammad Sallam supaya cuma duduk di masjid.
Berikut kenyataan-kenyataan melampau segelintir pengguna media sosial lain yang di percayai penyokong Pakatan Harapan menghina Amin Mohammad Sallam:
Fareez Emran Hassan: “Aku rasa mamat janggut panjang ni mesti penonton setia TV3.
Darren Lai Kong Quin: “Hoi! PM kita dah cakap org luar jangan campur tangan… Jadi tolong diam”
Wangi Wawa: “Klu nabi yg cakap aku percaya…setakat mufti jordan…apa le sgt..harap jangut je panjang.”
Nassir Ab Rani: “Apakah bekas Mufti Jordan bengap sgt or terlalu cerdik??”
Aszhwin Dayyanish: “ilang respect org yg ada ilmu agama…cukuq je la janggut tu”
Semalam, sebuah portal berita melaporkan Amin Mohammad Sallam sebagai berkata, Najib mampu memimpin Malaysia menjadi salah sebuah negara terbaik di dunia.
Beliau merupakan Ketua Lujnah Pembanterasan Fahaman Syiah Jordan, mantan Imam Talaqqi Masjid Nabawi dan profesor di Universiti Mu’tah dan Universiti Jordan.
Bekas Mufti Jordan itu memiliki tiga doktor falsafah dan tiga ijazah sarjana merupakan pakar al-Quran dan hadis. – mynewshub.cc