Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kematian Pelajar Tahfiz: Serah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung...

UMNO Perlu Jawab Tohmahan...

KUALA LUMPUR - UMNO perlu menjawab tohmahan yang dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamad...

Jurutol Didakwa Cederakan Bayinya...

KAJANG - Seorang jurutol wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

“Saya Sudah Cukup Bersedia...

KUALA LUMPUR - Penyerang simpanan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safee Sali menegaskan...

Perkhidmatan Bas Dua Tingkat Rapid Penang Ditangguh

GEORGE TOWN – Rapid Bus Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan bas Rapid Penang tidak dapat menyediakan perkhidmat bas dua tingkat semalam kerana risiko bergesel dengan dahan-dahan pokok di sepanjang laluan yang dicadangkan.

Laluan yang dicadangkan ialah dari Pengkalan Weld ke Teluk Bahang (101), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas ke Teluk Bahang (102) dan laluan 301 antara Pengkalan Weld dan Relau.

Ketua Pegawai Operasi Rapid Penang Mohd Shukri Abdul Rahman berkata syarikat itu sedang bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk mencantas dahan-dahan pokok di sepanjang laluan yang dicadangkan untuk melicinkan operasi bas berkenaan.

“Bas dua tingkat akan memulakan operasi kemudian, bergantung kepada proses mencantas dahan-dahan pokok selesai,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Orang ramai digalakkan untuk menghubungi Sistem Maklumat Komuter Pintar (ICIS) di talian 04-2381313 untuk sebarang maklumat berkenaan laluan dan jadual bas.

Pusat ICIS beroperasi dari pukul 5.30 pagi sehingga 12 tengah malam, termasuk cuti umum. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori