Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Kluster Kidurong Babitkan 6...

SATU kluster baharu, Kluster Kidurong dikesan di Bintulu, Sarawak membabitkan enam kes positif...

DAP Umum Calon Secara...

SEREMBAN : DAP akan mengumumkan senarai calonnya bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)...

2.07 Juta Pekerja Asing...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 2.07 juta pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja...

Piala AFF: Vietnam Belum...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih skuad Vietnam, Toshiya Miura anggap kemenangan tipis ke...

Perlis Sambut Baik Keputusan Kerajaan Larang Tanam Ketum

KANGAR – Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penanaman pokok ketum secara komersial di negara ini merupakan keputusan tepat kerana mendahulukan kepentingan rakyat.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata beliau menyambut baik larangan tersebut yang turut melegakan keresahan masyarakat di negeri itu.

“Saya amat bersetuju dengan keputusan itu. Saya memang serius melarang penanaman pokok ketum di Perlis kerana kesannya yang merosakkan ramai anak muda di negeri ini akibat ketagih minum air ketum,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika diminta mengulas perkara berkenaan selepas menyempurnakan perasmian Hari Koperasi Negara 2016 peringkat negeri di Taman Rekreasi Tasik Melati di sini, hari ini.

Khamis lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan memutuskan tidak mengizinkan pokok ketum ditanam secara komersial, diedarkan dan digunakan kerana keburukannya lebih banyak.

Sementara itu, Persatuan Melayu Perlis (Pemanis) berkata keputusan tersebut diterima baik kerana kebanyakan penagih air daun ketum adalah dalam kalangan anak Melayu.


Yang Dipertuanya, Datuk Md Zain Hamzah memberitahu Bernama, larangan berkenaan diyakini mampu mengawal masalah yang sedang berleluasa di Perlis sejak sekian lama.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri, Rela Ahmad juga menyambut baik keputusan tersebut yang dianggap memberi faedah kepada institusi keluarga.

“Apabila punca kepada masalah sosial di negeri ini telah disekat, maka gejala ketagihan air ketum mampu dibendung seterusnya mewujudkan masyarakat yang lebih berkualiti dan bertanggungjawab,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori