Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kes Bunuh Sabari: Suspek...

Alor Setar : Dua lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan pesara pegawai kewangan...

MELAMPAU!! Lelaki Sanggup Tipu...

ZAMAN sekarang orang sama bangsa dan agama sendiri pun sudah tidak boleh dipercayai.Buktinya,...

Bot Bawa PATI Bangladesh...

DHAKA - Sebuah bot nelayan yang sarat dengan migran Bangladesh yang dikatakan hendak...

Tawar Diskaun Saman Trafik...

ALOR SETAR – Mereka yang memiliki saman tertunggak diminta mengambil peluang menjelaskan saman...

Perodua Jual 112,500 Kereta Dalam 7 Bulan Pertama 2016

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), telah menjual 112,500 kenderaan dalam tempoh tujuh bulan bermula dari Januari tahun ini.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Dr. Zahari Husin dalam satu kenyataan hari ini berkata angka tersebut mewakili kira-kira 35.4 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan industri kenderaan iaitu sebanyak 317,900.

Model terbaharunya, Bezza telah mendapat tempahan melebihi 25,000 unit sejak dibuka pada 16 Julai.

Lebih daripada 2,600 kereta telah dihantar dalam tempoh 10 hari pelancaran dan 7,400 unit lagi akan dibuat menjelang Ogos.

Zahari berkata daripada 10,000 Bezza pertama yang dijual, 44 peratus adalah model 1.3 liter Advanced Version dengan transmisi automatik, Premium X 1.3 liter transmisi automatik (43 peratus), Premium X 1.3 liter transmisi manual (tiga peratus), 1.0 liter transmisi automatik (satu peratus) dan 1.0 liter transmisi manual (satu peratus).


Dengan harga bermula daripada RM37,300 hingga RM50,800, model tersebut datang dalam enam warna yang berbeza, iaitu sugar brown, ocean blue, lava red, ebony black, glittering silver dan solid ivory white.

Sama seperti model Axia, Bezza dikeluarkan dari kilang pengeluaran dengan pensijilan kenderaan cekap tenaga (EEV) yang pertama di Malaysia, ia kendalikan oleh Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd. di Sungai Choh, Rawang, Selangor. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori