Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Makin Popular, Khai Bakal...

KREDIBILITI Khai Bahar sebagai penyanyi terbukti sekali lagi apabila dia dijemput untuk mengadakan...

MIP Akan Tanam Lebih...

PETALING JAYA - Dalam usaha untuk mempromosi persekitaran yang lebih hijau, sejumlah 720...

Anjing Kecil Jadi Hero,...

SEEKOR anjing baka Dachshund atau lebih dikenali sebagai anjing 'sosej' menjadi hero selepas menyelamatkan nyawa...

BAM Mahu Pemain Dilengkapi...

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu memastikan semua pemain negara dilengkapi...

Pemberian Permit, Geran RM5,000 ‘Dedak’!

KUALA LUMPUR – Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (Persim) mendakwa Program Transformasi Industri Teksi oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak mendatangkan sebarang faedah kepada pemandu teksi.

Timbalan Pengerusinya, Kamarudin Mohd. Hussain mendakwa, sebanyak 11 inisiatif yang dibentangkan dalam program itu tidak berfaedah sekiranya kerajaan tidak mengharamkan terus perkhidmatan Uber dan Grabcar di negara ini.

Beliau turut mendakwa rancangan SPAD menambah permit baru dan pemberian geran sebanyak RM5,000 kepada pemandu teksi sebagai pemberian ‘dedak’ untuk menghalalkan aktiviti kereta sapu Uber dan Grabcar.

“Inisiatif yang dibentangkan SPAD itu dilihat lebih memihak kepada rancangan menghalalkan aktiviti kereta sapu beraplikasi dan sekaligus merosakkan industri teksi.

“SPAD merancang membanjiri industri teksi dengan limpahan kereta sapu dan penambahan permit teksi baru, rancangan tersebut bakal mewujudkan ketidakseimbangan dalam industri dan sudah pasti keadaan itu akan menyebabkan pemandu teksi kehilangan mata pencarian,” dakwanya dalam satu kenyataan media hai ini.


Kamarudin turut mendakwa rancangan membenarkan semua jenama dan model kereta digunakan sebagai teksi akan mengharu-birukan industri teksi serta memberi gambaran tidak baik di mata dunia.

“Kami tidak menentang Kerajaan, apatah lagi mengugut Kerajaan, tetapi kami sedang mencari kepastian apakah kami perlu terus menyokong pihak yang menabur pasir ke dalam periuk nasi kami, atau kami perlu bekerjasama dan menyokong pihak lain demi sesuap nasi,” katanya. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • Teksi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori