Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Orang Asli Kuala Koh...

GUA MUSANG - Pelbagai pihak diminta tampil menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada keluarga...

Pendidikan Memberangsangkan Terhadap Masyarakat...

KUALA BERANG - Tahap kesedaran masyarakat Orang Asli terhadap kepentingan ...

Pencarum Islam Dinasihati Kemaskini...

KUALA LUMPUR - Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang beragama Islam diingatkan...

Kematian Pendatang Cetus Bantahan...

MADRID - Pasukan keselamatan bertempur dengan pendatang di tengah ibu kota Sepanyol semalam...

Pesawat Southwest Alami Kerosakan Enjin Ketika Terbang

FLORIDA – Sebuah pesawat Southwest Airlines mendarat dengan selamat pada pagi Sabtu selepas mengalami kerosakan teruk di satu daripada dua enjinnya ketika terbang di tenggara Amerika Syarikat.

Kenyataan syarikat penerbangan itu berkata, pesawat Boeing Co. 737-700 itu berlepas dari New Orleans ke Orlando pada awal pagi Sabtu dengan kod penerbangan 3472 apabila mengalami kerosakan itu, menyebabkannya terpaksa melencong penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pensacola, utara Florida pada jam 9.40 pagi waktu tempatan.

Jurucakap syarikat Southwest berkata, laporan awal menunjukkan tiada kecederaan dalam kalangan 99 penumpang dan lima anak kapal.

Gambar dari pesawat itu menunjukkan bahagian depan enjin Boeing 737-700 tercabut sekali gus menyebabkan kerosakan teruk kepada keseluruhan bahagian enjin.

Menurut data pengesan dari FlightAware, pesawat itu terbang pada ketinggian kira-kira 30,700 kaki dan meningkatkan ketinggian sebelum ia mengalami kerosakan pada kira-kira jam 9.23 pagi waktu tempatan.


“Kedengaran bunyi letupan kuat tapi selepas itu ia dikawal dengan baik.

“Menakutkan tapi dalam kawalan,” kata seorang penumpang di dalam pesawat yang enggan namanya disiarkan. “Semua orang sangat gembira apabila juruterbang dapat mendaratkan pesawat dengan selamat.” Agensi/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori