Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Mesti Tengok.. Kanak-Kanak...

VIDEO berdurasi lebih kurang 3 minit ini bakal membuka mata ibubapa yang yakin...

Wanita Mengaku Nabi Ke-26,...

JAKARTA - Kononnya dunia akan kiamat dalam masa terdekat, semua umat Islam perlu...

“Dah la Salah Masuk...

PERSELISIHAN faham semasa memandu di jalan raya adalah perkara yang sering kita dengari. Jika...

Jabatan Bomba Cadang Bina...

BANTING - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bercadang membina kira-kira 37 buah rumah...

Pesawat Terkandas Hampir 2 Jam Kerana Perkataan Bom

MELAKA – Sebuah pesawat yang dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam di sini ke Pekanbaru, Indonesia tertangguh hampir dua jam akibat salah faham komunikasi terdapat ancaman keselamatan di lapangan terbang itu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata pesawat yang membawa 38 penumpang itu dijadual berlepas 12.15 tengah hari tadi, namun dibenarkan berlepas pada 2.10 selepas disahkan selamat.

Beliau berkata pada 10.45 pagi, polis menerima maklumat mengatakan ada penumpang mengeluarkan perkataan yang boleh menyebabkan ancaman keselamatan, sehubungan itu lebih 20 anggota polis dari Unit Forensik dan Unit Pemusnah Bom dikerah ke lapangan terbang itu untuk siasatan lanjut.

“Pihak kami menjalankan siasatan di lapangan terbang ini dan telah membuat pemeriksaan terhadap bagasi milik penumpang yang merupakan suami isteri warganegara asing berusia 40-an dan 50-an.

“Hasil pemeriksaan teliti tiada dikesan sebarang komponen atau elemen yang boleh dikaitkan dengan bahan letupan atau IED (Improvised Explosive Devices),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shaikh Abdul Adzis berkata hasil siasatan lanjut termasuk saksi yang terlibat, kejadian itu hanyalah salah faham komunikasi antara suami isteri warga asing itu dengan pekerja kaunter di lapangan terbang tersebut.


“(Dalam kes ini) tidak wujud fizikal bahan letupan, ancaman ini sifarlah hasil siasatan kami. Tiada ancaman hanya salah faham komunikasi sahaja,” katanya.

Beliau berkata pasangan suami isteri itu datang ke negeri ini bagi menjalani rawatan kesihatan di sebuah hospital di sini dan pulang setelah selesai menjalani rawatan.

Sementara itu, Shaikh Abdul Adzis turut menasihatkan orang ramai yang menaiki pengangkutan awam supaya mengelak menggunakan perkataan yang mengandungi unsur ancaman. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bom

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori