Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Siapa Kata P. Ramlee...

SINGAPURA - Mata saya tertumpu melihat gambar segak Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri...

Peminat Iceland Bawa Semangat...

VOLGOGRAD - Berbekal semangat Viking, dua peminat Iceland mengembara sejauh 5,000 kilometer dengan...

Ibu Kemuka Representasi Gugur...

KUALA LUMPUR – Seorang ibu hamil empat bulan yang didakwa mendera tiga anak...

Penunggang Ducati Monster Maut...

KUANTAN - Seorang kontraktor maut selepas motosikal berkuasa besar jenis Ducati Monster yang...

Pesawat United Airlines Dilencong Selepas 16 Cedera

DUBLIN – Sekurang-kurangnya 14 penumpang serta dua anak kapal cedera dan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas pesawat mengalami pergolakan udara sehingga terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Shannon, Ireland, kata pihak pengurusan lapangan terbang.

Pesawat Penerbangan United Airlines yang membawa 207 penumpang dan 13 anak kapal itu dalam perjalanan dari Houstan, Texas menuju ke Heathrow, London terpaksa mendarat cemas di Daerah Clare selepas mengalami pergolakan udara yang teruk dan tidak dijangka.

Semua mangsa dan anak kapal yang cedera di bawa ke Hospital Universiti Limerick untuk mendapatkan rawatan.

Pesawat jenis Boeing 767-300 itu dijadualkan mendarat di Heathrow sekitar jam 6.55 pagi waktu tempatan.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), pada kebiasaannya pergolakan udara boleh disebabkan oleh, pergerakan udara luar biasa, tekanan atmosfera, aliran jet, udara di sekeliling gunung, cuaca sejuk atau panas dan ribut petir.


FAA berkata, pergolakan dalam udara menjadi punca utama kecederaan penumpang ketika dalam penerbangan. Secara purata setiap tahun, 58 orang di Amerika Syarikat cedera ketika penerbangan akibat pergolakan udara kerana tidak memakai tali pinggang keselamatan.

Kebanyakan kemalangan yang membabitkan pergolakan udara berlaku ketika pesawat berada pada ketinggian 9,144 meter dari aras laut. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori