Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tiada Jawatan Tinggi Kepada...

KOTA BHARU - Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tiada jawatan tertinggi kerajaan yang...

Video: Hetty Larang Siti...

PELIK rasanya bila menonton sebuah video yang memaparkan penyanyi senior Indonesia, Hetty Koes Endang melarang...

Bekas ADUN Ayer Hangat...

ALOR SETAR - Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat Datuk Mohd...

Najib, Putin Akan Adakan...

SOCHI (Rusia) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan perbincangan...

Petisyen Pujut: Penghujahan Lisan & Penjelasan 30 Sept

MIRI – Mahkamah Pilihan Raya menetapkan 30 Sept untuk mendengar penjelasan dan penghujahan lisan daripada pihak yang terlibat dalam petisyen pilihan raya Dewan Undangan Negeri Pujut, satu-satunya kes yang difailkan susulan pilihan raya negeri pada 7 Mei lepas.

Hakim Ravinthran N. Paramaguru hari ini turut memerintahkan pempetisyen dan responden supaya memfailkan afidavit, penghujahan bertulis dan jawapan mereka sebelum 30 Sept.

Calon langsung Barisan Nasional (BN) Datuk Hii King Chiong memfailkan petisyen itu pada 16 Jun, atas alasan bahawa kemenangan wakil DAP, Dr Ting Tiong Choon adalah tidak sah, oleh kerana beliau didakwa merupakan warganegara sebuah negara lain.

Sebagai rekod, Seksyen 16 dan 17(g) Perlembagaan Negeri Sarawak menyatakan bahawa seseorang anggota Dewan Undangan Negeri hilang kelayakannya jika beliau secara sukarela memperoleh kewarganegaan daripada negara lain.


Peguam Peter Lin Kuan Yuh mewakili Hii manakala Dr Ting, responden tunggal dalam petisyen itu, diwakili peguam Chong Siew Chiang.

Dalam pilihan raya 7 Mei lepas, Dr Ting menang dengan majoriti 1,759 undi dalam pertandingan empat penjuru melibatkan DAP, BN, PAS dan seorang calon Bebas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori