Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

‘Pakaian Neelofa Macam Nak...

ANUGERAH MeleTOP Era 2017 (AME17) telah pun melabuh tirainya pada Ahad lalu, namun...

Kartunis Kontroversi Zunar Dibebaskan...

Kartunis politik, Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar telah dibebaskan dengan...

Inkues Dipertonton Demonstrasi Van...

SHAH ALAM - Prosiding inkues hari ini ditunjukkan dengan demonstrasi van Unit Bantuan...

Kerjasama Korporat Dipelawa...

BATANG KALI - Kementerian Pendidikan mengalu-alukan penglibatan aktif daripada syarikat korporat bagi bekerjasama dan...

PKR Bidas Tun Mahathir Gelar Kaum India Keling

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana menggunakan istilah `keling’ bagi mengambarkan kaum India di negara ini.

Naib Presidennya, Dr. Shaharuddin Badaruddin berkata, Mahathir sebagai seorang bekas Perdana Menteri tidak sepatutnya menggunakan perkataan itu ketika berucap di Langkawi, Kedah baru-baru ini.

“Beberapa hari lalu, tersebar satu video ucapan Mahathir di Langkawi Mei lalu di mana beliau menggunakan perkataan ‘keling’ sewaktu mengulas isu menangani gerakan Daesh.

“Kita harus berani merombak dan membuang istilah-istilah yang telah mengakar dalam masyarakat Melayu tetapi mempunyai konotasi negatif kepada kaum yang lain,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Shaharuddin berkata, `peribahasa’ yang menggunakan istilah-istilah seumpama itu harus dinilai semula oleh masyarakat Melayu.


Malah, katanya, orang Melayu tidak sepatutnya menggunakan istilah seperti ‘cina buta’ kerana ia tidak mempunyai justifikasi hukum.

“Saya kesal dengan penggunaan perkataan tersebut dan menggesa agar Mahathir memikirkan semula keperluan mengguna perkataan tersebut di masa hadapan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori