Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Nora Danish Rahsia Jantina...

DIJANGKA bakal bersalin pada 9 Mac depan, pelakon jelita, Nora Danish memilih untuk...

Bekalan Elektrik Seluruh Negara...

ARAU - Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa berusaha memastikan bekalan elektrik di seluruh...

Pendaki Tertua Negara, James...

SEPANG - Pendaki tertua Malaysia James Lee Chong Meng yang telah menyertai Lions...

PRK Port Dickson: BN...

SEREMBAN – Keputusan sama ada Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon dalam Pilihan...

PM Australia Dikritik Kerana Sedekah A$5

SYDNEY – Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull menerima pelbagai kritikan daripada netizen tempatan selepas beliau hanya memberi A$5 (RM15.30) kepada seorang pengemis di tepi jalan di Melbourne, semalam.

Dalam perjalanan untuk menyampaikan ucapan mengenai ekonomi, Turnbull dilaporkan tiba-tiba berhenti untuk bersalam dengan lelaki itu dan kemudian memasukkan sekeping wang dolar Australia ke dalam cawan kopi pengemis tersebut.

Bagaimanapun, kemurahan hatinya bertukar menjadi perbualan ramai dalam media sosial.

Mereka mengkritiknya daripada pelbagai sudut. Ada yang menganggapnya kedekut kerana hanya menderma sebanyak itu, sedangkan beliau diketahui memang kaya raya.

Akhbar Daily Mail Australia menggelarkan beliau ‘Mal tangkai jering.’ Malah, beliau juga dikritik kerana hanya menderma.

Datuk Bandar Melbourne, Robert Doyle, berkata peminta sedekah hanya akan menggunakan wang itu untuk menagih dadah dan menjadikan mereka semakin miskin.


Sebaliknya, beliau mencadangkan Turnbull menderma wang itu kepada badan kebajikan.

Sementara itu, ada yang menuduh beliau berpura-pura pemurah di depan kamera.

Ketika menjawab kritikan berkenaan kepada stesen Radio Melbourne, Turnbull berkata: “Itu reaksi sebagai manusia dan saya minta maaf jika ada pihak yang kecewa.”Agensi/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori