Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Perak Naikkan Insentif Pemenang...

IPOH - Kerajaan negeri akan menaikkan bayaran insentif kemenangan pada temasya Sukan Malaysia...

8,900 Polis, PVR Perak...

IPOH - Seramai 8,900 pegawai dan anggota Polis Kontinjen Perak akan ditugaskan pada...

6 Murid Di Pasir...

JOHOR BAHRU – Enam murid dari empat sekolah rendah di Pasir Gudang, Johor...

Agong: Pegawai Muda Proaktif...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mengingatkan pegawai muda Angkatan...

PM Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga S R Nathan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Presiden Singapura S R Nathan, yang meninggal dunia malam tadi.

“Takziah kepada keluarga bekas Presiden Singapura S R Nathan dan rakyat Singapura,” katanya dalam akaun Twitternya hari ini.

Nathan, 92, meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada 9.48 malam tadi, menurut Pejabat Perdana Menteri Singapura.

Pada 31 Julai, pejabat perdana menteri Singapura mengumumkan Nathan mengalami angin ahmar dan berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi hospital itu.


Nathan, yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia pada 1988, merupakan Presiden yang paling lama berkhidmat di Singapura dan menyandang jawatan itu selama dua penggal dari 1999 hingga 2011.

Beliau secara rasmi berundur sebagai Presiden keenam pada 31 Ogos, 2011 dan diganti oleh Presiden sekarang Tony Tan Keng Yam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori