Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pekerja Asing Dibenar Untuk...

PUTRAJAYA: Majikan di seluruh negara dibenarkan untuk menggaji pekerja asing dalam sektor kecil...

Buta Huruf Atau Memang...

Jadikan ini satu pengajaran buat semua - ketahuilah bahawa terdapat ramai polis moral...

55 Cedera Kereta Api...

KAHERAH - Lima puluh lima cedera semalam apabila tiga gerabak kereta api tergelincir...

Kenderaan Bawa Tengku Adnan...

PUTRAJAYA - Kenderaan yang membawa bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan...

PM Norway Bercuti Untuk Main Pokemon Go

OSLO – Perdana Menteri Norway, Erna Solberg, sanggup mengambil cuti daripada tugas rasmi di Bratislava minggu ini untuk memburu raksasa Pokemon di bandar lama, Slovak.

Rakaman video yang disiarkan televisyen hari ini menunjukkan beliau yang ditemani pengawal peribadi, pegawai kanan dan kru televisyen, menggunakan masa terluang antara dua mesyuarat Isnin lalu, bersiar-siar di bandar sambil matanya tertumpu pada telefon pintar.

Pemimpin konservatif berusia 55 tahun itu memberitahu saluran tempatanƂĀ TV2, ketika memburu raksasa Pokemon Go, beliau cuba menetaskan telur bagi mendapatkan Pokemon jarang ditemui, yang memerlukan pemain berjalan sejauh 10 kilometer.

Solberg yang sebelum ini turut meminati permainan Candy Crush berkata, beliau terpesona dengan Pokemon Go walaupun sebelum ini memberitahu tidak pernah bermain permainan itu.

“Saya dicabar saudara perempuan saya yang menemui raksasa Pokemon Go di beranda rumah,” katanya kepada sebuah akhbar harian, Aftenposten. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori