Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mayat Seorang Daripada 2...

KOTA BHARU - Mayat seorang daripada dua lelaki yang hilang di Sungai Aring,...

Universiti Awam Mampu Jana...

GEORGE TOWN - Kementerian Pendidikan Tinggi yakin universiti awam di negara ini mampu...

Tunang Pemandu Perodua Myvi...

JOHOR BAHRU - Tunang pemandu wanita yang menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam...

Cadang Guna Dron Untuk...

PASIR SALAK - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersedia menimbang cadangan menggunakan...

Polis Buru Suspek Bunuh, Samun Penjaga Tokong

PORT DICKSON – Polis giat memburu seorang lelaki, K.Parameswaran atau dikenali dengan panggilan ‘Kana’ atau ‘Kannan’, yang dipercayai suspek utama kejadian bunuh dan samun seorang penjaga tokong di Kampung Arab dekat sini, 12 Ogos lepas.

Ketua Polis daerah Port Dickson Supt Adzli Mat Syah berkata, lelaki yang berusia 43 tahun dan berasal dari Kampung Arab itu dipercayai telah melarikan diri.

“Kami percaya suspek yang membunuh penjaga tokong tersebut berdasarkan maklumat yang kami peroleh daripada saksi utama kejadian iaitu remaja lelaki berusia 14 tahun yang juga mempunyai pertalian darah dengan suspek.

“Remaja tersebut yang tidak pernah bersekolah memberitahu bahawa mangsa berusia awal 70-an dipukul dengan sebatang kayu api oleh suspek ketika mangsa sedang tidur,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata suspek yang juga merupakan penagih dadah, mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah, curi, samun dan pecah rumah.

Sehubungan itu, Adzli me­minta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan supaya segera menghubungi Inspektor Mahafiz Mat Lawi di talian 010-2396533 bagi membantu siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori