Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Peniaga Tawar Jamu Percuma...

STRATEGI pemasaran sememangnya penting dalam perniagaan agar barangan atau khidmat yang dijual menjadi...

Usaha Budayakan Perpaduan Bukan...

TAWAU - Usaha ke arah membudayakan perpaduan dalam hidup bermasyarakat bukan suatu agenda...

GAMBAR: Perompak Bermisai Palsu...

Sekitar jam 11.17 pagi tadi, seorang pengawal keselamatan berjaya menembak mati lelaki yang cuba...

3 Jam Tamrin Beri...

KUALA LUMPUR - Bukit Aman selesai mengambil keterangan Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar...

Polis Kenal Pasti Identiti 3 Gadis Buat Aksi Bahaya

KUANTAN – Polis telah mengenal pasti identiti tiga gadis yang mengeluarkan badan dan duduk di tingkap kereta di jalan ke Genting Highlands yang viral di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong ASP S. Somo berkata identiti pemilik kereta juga telah diperoleh dan pihaknya dijangka menghantar kertas siasatan ke pejabat pendakwa raya pada minggu ini untuk tindakan selanjutnya.

“Pemilik kereta bagaimanapun tidak menggunakan kereta itu pada hari berkenaan. Tetapi semua yang menaiki kereta itu pada hari kejadian telah dikenal pasti,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Somo berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara berbahaya.


Kes itu juga disiasat mengikut Peraturan 4A Kaedah-kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 kerana penumpang berkenaan tidak memakai tali pinggang keledar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori