Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Sisasat Kumpulan Panjat...

IPOH - Pihak polis sedang menyiasat laporan berhubung sekumpulan remaja yang memanjat huruf-huruf...

239 Ibu Sawat Perkhidmatan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 239 ibu sawat bagi projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi...

Rakyat Palestin Terus Protes,...

DEMONSTRASI 'Great March of Return' masih lagi berterusan dengan pembakaran bendera Israel oleh...

Lelaki India Nama Cina...

SEGAMAT - Seorang lelaki yang secara tiba-tiba menarik perhatian ramai selepas MyKadnya menjadi...

Polis Kesan Dua Suspek Curi Vellfire Che Ta

SUBANG JAYA – Pihak polis telah mengesan dua individu yang dipercayai terlibat mencuri Toyota Vellfire milik pelakon Rozita Che Wan 43, atau lebih dikenali sebagai Che Ta yang dilaporkan hilang di kediamannya di USJ 11 di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari berkata individu berkenaan dikesan memasuki kawasan kondominium itu pada pukul 4 pagi.

“Pihak polis menerima laporan berkenaan kejadian itu pada pukul 11 pagi dan hasil penelitian pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan parkir kondominium itu mendapati terdapat dua individu memasuki kawasan berkenaan pada pukul 4 pagi.

“Kedua-dua individu itu berjalan kaki dan beberapa minit kemudian rakaman CCTV menunjukkan kenderaan milik pelakon berkenaan merempuh palang keselamatan untuk keluar dari kawasan parkir sebelum beredar dari situ,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata Che Ta menyedari kehilangan kenderaan MPV itu ketika beliau mahu keluar untuk bekerja pada pukul 10 pagi.

Mohammad Azlin meminta orang ramai yang menjumpai kenderaan berkenaan yang bernombor pendaftaran WWQ 93 dan berwarna hitam agar segera menghubungi balai polis berhampiran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.


Sementara itu Pengurus Rozita, Afeeq Ignarcio ketika dihubungi Bernama berkata Che Ta meninggalkan keretanya di kawasan parkir semalaman dan menyedari kehilangannya pagi tadi.

“Buat masa ini, kami sedang menunggu siasatan polis,” katanya.

Che Ta menerusi akaun rasmi Instagramnya meminta mana-mana individu yang menjumpai kenderaannya agar menghubungi Afeeq di talian 012-6160949. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori