Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

4 Bandar Utama Di...

KOTA KINABALU - Empat bandar utama di Sabah mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU)...

Ibu Kejam! Bunuh, Kerat...

MICHIGAN - Rasakan, mungkin hukuman penjara seumur hidup mungkin ke atas wanita warga...

Kebakaran Awal Pagi Ranap...

JOHOR BAHRU - Sebuah kilang memproses ayam di Taman Perindustrian Utama, Pontian, dekat...

Jangan Pertikai Levi Baharu...

MELAKA - "Majikan di negara ini tidak sepatutnya merungut atau mempertikaikan penstrukturan dan...

Polis Marin Rampas 900 Liter Diesel Cuba Diseludup

TUMPAT – Pasukan Polis Marin Pengkalan Kubor merampas sejumlah 900 liter minyak diesel bernilai RM1,575 hasil serbuan di Kampung Pak Keral di sini, petang semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pengkalan Kubor ASP Ahmad Amri Ab Rahman berkata serbuan itu dlakukan pada pukul 6 petang di sebuah lokasi dipercayai tempat penyimpanan diesel yang akan diseludup ke negara jiran.

“Minyak diesel itu ditemui dalam 30 tong di dalam sebuah kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback berhampiran sebuah premis tidak bernombor.

“Selepas menunggu beberapa ketika, kami dapati tiada mana-mana individu yang datang mengaku memiliki kenderaan dan minyak diesel tersebut. Kesemua barang rampasan dibawa ke pangkalan PPM Pkln Kubor untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita di Markas Operasi PPM Pengkalan Kubor di sini, hari ini.

Ahmad Amri berkata rampasan itu dilakukan mengikut Seksyen 22 Akta Polis 1967.


Dalam pada itu, beliau berkata PPM Pengkalan Kubor akan mempertingkatkan lagi usaha mengesan dan menangkap individu yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan terutama di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi memastikan bahan bersubsidi tidak mengalir keluar negara.

Katanya masyarakat terutama yang tinggal di sepanjang sempadan juga diingatkan supaya tidak melindungi kegiatan ini selain disaran untuk menyalurkan maklumat dan kegiatan seumpama itu kepada PPM Pengkalan Kubor. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori