Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Wanita Dengan Tanda Lahir...

NAMA Goar Avetisian bukan asing lagi di Rusia malah jurusolek ini mempunyai kira-kira...

Rosmah Lawat Mangsa Banjir...

PARIT - Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini melawat mangsa...

Denggi: Murid Perempuan Tahun...

KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia akibat denggi semalam, menjadikannya mangsa...

Pesakit Kencing Manis Guna...

SEORANG pesakit kencing manis yang menderita akibat kakinya melecur selepas terkena radiator, mendedahkan...

Polis Rampas Mesin Judi Bernilai Lebih RM700,000 Di Lawas

MIRI – Polis merampas pelbagai peralatan komputer serta mesin digunakan untuk perjudian dalam talian bernilai lebih RM700,000 dalam tempoh tujuh bulan tahun ini di Lawas, Limbang.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, hasil daripada rampasan itu, 15 kertas siasatan telah dibuka ke atas kegiatan perjudian untuk tindakan undang-undang seterusnya.

“Kertas siasatan melibatkan kes perjudian telah diserah ke timbalan pendakwa raya di Miri untuk membolehkan proses pendakwaan di mahkamah,”katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengenai dakwaan penyalahgunaan dadah semakin menular di sekolah-sekolah di Lawas, beliau berkata, polis narkotik Lawas telah menjalankan siasatan setelah dakwaan itu disebarkan di dalam media sosial.

“Setelah berjumpa dengan pihak sekolah-sekolah di Lawas untuk mengesahkan maklumat tersebut tetapi setakat ini tiada bukti dan maklumat yang sahih diterima,”katanya.

Beliau memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang meyebarkan berita palsu mengenai dakwaan penyalahgunaan dadah di sekolah kerana ianya boleh menjejaskan kredibiliti pendidikan negara.


“Orang ramai jangan mudah mempercayai tohmahan tersebut kerana ianya boleh mencemar institusi pendidikan,”katanya lagi.

Secara keseluruhan, beliau berkata, masalah penyalahgunaan dadah di Lawas masih lagi terkawal dan tidak membimbangkan.

Beliau juga menafikan dakwaan penyeludupan dadah melalui sempadan adalah tidak benar.

Daerah Lawas di bahagian Limbang ialah sebuah bandar kecil yang terletak antara sempadan Sabah dan Brunei dengan perjalanan darat hampir lima jam dari bandar raya Miri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori