Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Istana Berkecuali Dalam Politik...

KANGAR - Istana merupakan pihak berkecuali dalam kancah politik dan tidak memihak kepada...

Gabungan PAS-UMNO Resipi Terbaik...

ALOR SETAR - PAS Kedah menyokong sepenuhnya gambaran awal Presiden PAS, Datuk Seri...

Banjir Di Sabah: Calon...

NILAI - Kementerian Pendidikan akan memastikan semua calon peperiksaan ulangan Ujian Pencapaian Sekolah...

Sambut Kelahiran, Doktor Lelaki...

SEORANG lelaki dari Arab Saudi kini diburu pihak polis selepas melepaskan tembakan ke...

Polis Tahan Lelaki Rempuh Sekatan Jalan Raya

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang pemandu lelaki setelah bertindak merempuh sekatan jalan raya di Jalan Tun Dr Awang, Bayan Lepas dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Anuar Omar berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, lelaki berusia 32 tahun berkenaan merempuh sekatan jalan raya dan memecut keretanya ke arah Jalan Paya Terubong.

“Sepasukan polis lain yang sedang membuat rondaan di kawasan Paya Terubong kemudiannya telah berjaya mengesan dan menahan pemandu kereta itu.

Ketika polis meminta lelaki itu keluar daripada keretanya dia bertindak mengundurkan keretanya secara melulu dan hampir melanggar anggota polis yang berada di situ,” katanya di sini hari ini.

Katanya berikutan kejadian itu, polis terpaksa melepaskan tembakan ke tayar kereta lelaki berkenaan sebelum berjaya menahan suspek selepas berlaku pergelutan.

Anuar berkata siasatan awal mendapati semasa lelaki itu merempuh sekatan polis di Jalan Tun Dr Awang, dia dipercayai membawa empat wanita Indonesia bersamanya.


Katanya bagaimanapun semasa ditahan di Paya Terubong, semua wanita yang dipercayai tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu, telah ditinggalkan di lokasi lain bagi mengelak ditahan polis.

“Kami sedang mengesan empat wanita itu dan siasatan lanjut kes berkenaan sedang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan lelaki yang ditahan itu anggota sindiket warga asing yang aktif di negeri ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori