Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pesara Ditahan Miliki Sebahagian...

SEREMBAN - Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan menahan seorang pesara kerajaan dan menemui sebahagian...

Nelydia Keluar Katalog Baju...

AWAL Februari lalu pelakon Nelydia Senrose sudah menyatakan dia akan mengeluarkan satu clothing...

Sudah Terlambat Bagi Abdul...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih skuad tinju negara, Azmi Md Yunus berasa agak...

SPR Ambil Tindakan Sewajarnya...

KUCHING - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil tindakan sewajarnya setelah mendapat pemakluman...

Polisi Kerajaan Perlu Galak Rakyat Ceburi Inovasi

PUTRAJAYA – Polisi kerajaan perlu membayangkan dan menggalakkan penglibatan meluas rakyat untuk memupuk budaya inovasi.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata dengan membolehkan rakyat dari seluruh sektor ekonomi dan masyarakat melibatkan diri dalam inovasi, langkah itu akan menghasilkan idea, pengetahuan dan keupayaan baharu.

“Ini akan meningkatkan pengaruh kepada permintaan pasaran untuk inovasi,” kata beliau dalam ucapan aluan di Persidangan Dwitahunan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, (PICC) di sini hari ini.

Sejumlah 800 peserta terdiri daripada delegasi dari 53 negara anggota CAPAM termasuk Malaysia menghadiri persidangan dua hari itu yang bermula hari ini.

Menyedari bahawa masalah sektor awam yang kompleks dan merentasi sempadan, Ali Hamsa berkata ini menimbulkan cabaran kepada polisi yang pelbagai jenis dan lazimnya tidak pernah berlaku sebelum ini.

Maka, menekankan kepentingan membina keupayaan perkhidmatan awam untuk menghasilkan inovasi dan mencipta penyelesaian kepada masalah kompleks dan sukar dipulihkan yang dihadapi masyarakat, katanya.

Terdahulu, Ali yang juga Presiden CAPAM berkata tema yang dipilih pada persidangan tahun ini,”Inovasi: Kepentingan Dalam Perkhidmatan Awam” adalah tepat pada masanya dan sesuai kerana terdapat keperluan segera untuk perkhidmatan awam bagi menyahut panggilan untuk inovasi.


Beliau berkata tema itu jelas membayangkan keinginan untuk secara strategik beralih daripada seruan untuk perubahan melalui transformasi kepada cadangan untuk tindakan menerusi inovasi sebagai satu pemangkin dan pemboleh.

Dalam dunia global yang kompleks hari ini, beliau berkata perkhidmatan awam menghadapi cabaran dalam bentuk perubahan teknologi yang amat pantas dan peralihan landskap geopolitik.

“Tema itu sesuai kerana sektor awam memainkan satu peranan penting ekonomi sebagai pengawal atur, pemberi perkhidmatan dan majikan,” katanya.

Persidangan itu yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga dihadiri oleh Pemerintah Swaziland, Raja Mswati III, Setiausaha Agung Komanwel Patricia Scotland dan Ketua Pegawai Eksekutif CAPAM Gay Hamilton.

Ali berkata persidangan itu diharap menjana idea untuk memacu usaha dalam pemangkinan norma dan amalan inovasi di sektor awam di kesemua 53 negara anggota Komanwel yang terlibat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori