Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bajet 2018: Bantu Kurang...

JITRA - Pembinaan Pusat Kanser di Sungai Petani serta menaiktaraf perkhidmatan kardiologi dan...

Pil Yaba Paling Popular...

Kota Bharu : Pil yaba menjadi dadah paling popular di Kelantan berikutan mendapat...

DAP Republik Demokratik Rakyat...

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyeru rakyat...

Bapa Yakinkan Anak Tidak...

BERIKUTAN insiden memilukan berlaku di Paris pada Jumaat lalu, seorang bapa yang cuba...

Porahhh FAM: Wal Hasil Balik Asal

FAM memang liat untuk perubahan. Tiap drama akan berakhir dengan plot yang sama. Dari atas sampai bawah, jelas liat hendak turun takhta. Ia seperi kisah firaun yang mahu mati di singgah sana.

FAM kisah epik sekumpulan pemabuk kuasa yang akan sentiasa mencari helah untuk kekal meski pun muka berconteng arang atau bersalut tepung gomak.

Sebutlah kalau Harimau Malaysia di rangking 209 pun. Atau gagal meraih apa pingat pun. Atau terpalit persepsi rasuah pun bagi FAM semua itu bukan isu.

Peminat sukan tidak peduli pun Mesyuarat FAM semalam. Seperti selalu, ia sekadar menganggap pertemuan sekumpulan dinasaur untuk terus menguasai hutan. Cuma dalam keadaan terpalit pelbagai skandal pengurusan, serta mutu bolasepak kebangsaan yang jatuh ke tahap kucing kurap, kita berharap FAM akan membuat keputusan budiman.

Namun realitinya, firaun dan dinasaur bukan kawanan orang budiman!

Semalam, sebagai perisai: FAM sekali menolak hasrat Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bersara. Seperti selalu, Tengku Abdullah perisai tunggal alasan untuk yang lain kekal berkuasa?

Apa diharap lagi? Bola sepak sukan penting. Kalau orang sudah tidak mahu berkhidmat, biarkan sajalah bersara? Ini bukan syarikat keluarga. Sebagai pemegang amanah sukan, exco kena celik biji mata!

Mengapa perlu tunda pembubaran kepimpinan sekarang hingga ke tahun depan? Kotor sangatkah FAM hingga perlu setahun untuk dibersihkan?

Menolak perletakkan jawatan Tengku Abdullah skrip lama. Sejak Februari lalu, inilah idea dan taktiknya.


Kenapa susah nak lepas jawatan? Takut pembaharuan mendedahkan kepincangan?

Timbalan Presiden, Datuk Seri Afandi Hamzah dengan berkata: “Hormati keputusan Tengku Abdullah. Kita percepatkan Kongres Pemilihan tahun depan.”

Sekali lagi untuk setahun, bolasepak tempatan akan terus melihat barisan pengurusan yang bekerja tanpa idea.

Sekalipun terjejas dengan isu persepsi rasuah! Sekali pun tiada bukti dikemukakan setakat ini, keberanian Tunku Mahkota Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim menyergah FAM membuktikan: Adakah badan induk itu bermasalah?

Kita tidak perlu bercakap soal bukti rasuah. Bukti ranking dan kemerosotan bola sepak kita ke tahap skuad kucing kurap, sudah cukup menyeksakan kita orang Malaysia.

Teruslah FAM!. Cuma bacalah sikit sejarah Firaun dan dinasaur! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori