Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hasil Susu Lipas Untuk...

MUNGKIN ada di antara kita tidak pernah dengar susu lipas dan tidak tahu...

UMNO Sedia Hadapi ‘Bapa...

KUALA LUMPUR – Laungan Hidup UMNO!, Hidup BN, Hidup Malaysia! bergema di Dewan...

Jasad 3 Beranak Mangsa...

GEORGE TOWN - Jasad tiga beranak, Tan Saw Sim, 55, anaknya Chung Wah...

Dua Gegaran Landa Nepal...

KATHMANDU - Dua gegaran lemah dirasai di Kathmandu dan daerah berdekatan awal pagi...

Presiden Ukraine Mulakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia

SEPANG – Presiden Ukraine, Petro Poroshenko, tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia, selama tiga hari.

Poroshenko tiba dengan menaiki jet peribadi kira-kira 7.05 malam dengan diiringi isteri, Maryna Poroshenko.

Ketibaan beliau disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan selaku menteri pengiring.

Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan sulung oleh presiden Ukraine ke Malaysia itu menandakan peningkatan hubungan antara kedua-dua negara.

Poroshenko dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya esok.


“Pertemuan itu akan membolehkan kedua-dua pemimpin memperteguhkan hubungan dua hala di samping meneroka potensi kerjasama dalam bidang lain. Ia turut membuka peluang untuk saling bertukar pandangan dalam pelbagai isu global dan serantau membabitkan kepentingan bersama,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra berkata kedua-dua pemimpin juga dijadual menyaksikan pemeteraian beberapa perjanjian bertujuan mempertingkatkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori