Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penduduk Taman Satelit Berisiko...

KUANTAN - Penduduk kawasan perumahan Taman Satelit dekat sini serta kampung sekitarnya berisiko...

Anak Kelantan Gesa Polis...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Anak Kelantan Prihatin menggesa polis menyiasat seorang artis, Ariz...

Perkembangan Terkini Nahas Helikopter...

PUTRAJAYA - Kementerian Luar Negeri ingin mengesahkan bahawa jenazah YBhg. Datin Habibah Mahmud,...

Barcelona, Real Madrid Tersingkir...

BARCELONA dan Real Madrid tersingkir daripada saingan Piala Raja Sepanyol selepas Athletic Bilbao...

Pribumi Kurang Ahli ‘Pancing’ Puteri UMNO Janji Calon PRU

AKIBAT kekurangan ahli, terdapat cubaan pihak tertentu memujuk anggota sayap parti UMNO menyertai Pribumi yang baharu ditubuhkan dengan janji ‘bulan bintang’ termasuk menjadi calon pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Perkara tersebut didedahkan Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan menurutnya pujukan itu turut melibatkan seorang bekas pemimpin Puteri UMNO dengan mereka dijanjikan akan dinamakan sebagai calon parti tersebut pada PRU yang akan datang.

“Bekas pemimpin Puteri ini ada memberitahu saya bahawa beliau tidak mahu bersama-sama dengan mereka (parti Pribumi) dan beliau juga tidak faham mengapa dalam banyak-banyak orang, kepimpinan parti pembangkang baharu itu lebih suka memilih beliau pula.

“Mungkin mereka kekurangan orang. Ramai lagi orang di luar sana, jadi mengapa perlu mencari orang UMNO?” soalnya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Persidangan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Paya Besar di Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Walaupun tiada anggota Puteri UMNO termakan dengan ajakan itu, Mas Ermieyati berkata pihaknya memandang serius perkara tersebut kerana bimbang terdapat anggota yang baharu berjinak-jinak dalam dunia politik akan termakan dengan pujukan jahat mereka.

“Puteri melihat perkara ini sebagai cabaran dan akan melipatgandakan usaha supaya tiada anggota yang terpengaruh. Ini satu cabaran besar kepada anggota Puteri UMNO sendiri untuk melihat di mana pendirian dan kesetiaan mereka terhadap parti,” kata beliau lagi.

Mas Ermieyati berkata, beliau telah memberi ingatan serius tersebut kepada setiap lapisan pemimpin Puteri di seluruh negara agar melaporkan segera jika ada ajakan ‘kotor’ daripada parti baharu kepada pucuk pimpinan sayap parti UMNO untuk cuba berpaling tadah.

Beliau berharap semua anggota Puteri dapat menghayati konsep kesetiaan kepada pemimpin, mempunyai jati diri yang kukuh serta yakin bahawa hanya UMNO sebagai parti bermaruah dalam memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.


Ironi, penyokong Pribumi menerusi propaganda di laman sosial mendakwa konon parti itu mendapat sambutan hangat dan mereka menyasarkan enam juta ahli jauh mengatasi berbanding kurang 100,000 ahli PAN waima PKR pun hanya ada kira-kira 300,000 ahli.

UMNO yang ditubukan di Istana Besar Johor pada 11 Mei 1946 kini memiliki 3.5 juta ahli berdaftar termasuk hampir 400,000 ahli Puteri sekali gus memecah rekod menjadi sebagai badan siasah umat Melayu Islam yang terbesar di dunia.

Sementara itu, dalam ucapannya, Mas Ermieyati menekankan kepentingan Puteri menarik lebih ramai golongan muda khususnya pengundi kali pertama bagi menjamin kemenangan calon UMNO dan Barisan Nasional pada PRU ke-14 akan datang.

“Usaha tarik pengundi muda tidak boleh dilakukan secara bermusim. Mesti jalan sepanjang masa. Namun, tidak adil jika tanggungjawab ini hanya diletakkan di bahu Puteri kerana ia perlu dilakukan sebagai sebuah keluarga,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori